NUFF

Friday, January 22, 2010

Kisah Rakan Yang Baik Hati

Dua minggu berlalu sudah sesi pembelajaran di kolej aku nan indah dan sunyi dan terpencil ni. Macam-macam dah terjadi dan aku still happy dan belum ada tanda akan menghidap penyakit kemurungan kembali. ( ceh macam pesakit mental je)

Aku juga telah mengalami kehabisan stok makanan dan wang saku, dah agak ni akan jadinya tapi dah sedia pun. Aku tak makan pun tetap gak badan seperti kartun Banny and The Friends tu. (ceh tetiba teringat kartun kegemaran time kecik2 dulu) Tapi walaupun aku sedang menghadapi kesukaran tapi tak la aku rasa tertekan sangat. May be sebab dah terbiasa

Thanks a lot la pada Farid yang tolong bayarkan dulu buku Accounting Information System tu, kepada Aisyatul yang tolong bayarkan buku Management Accounting and belanja makan dan lupa kepada Azym yang hot dan baik hati yang belanja dan risau aku tak makan. Tuhan balas nanti perbuatan anda yang menolong orang tengah kesukaran macam aku ni. Thanks k. (Aku nak nangis tapi korang tak nampak)

SAYANG KORANG KERANA MEMAHAMI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...