NUFF

Thursday, December 31, 2009

Berdarah lagi Parah




Asal balik rumah je mesti ada yang berdarah lagi parah,( macam kena terima 10 jahitan je bunyi ) Tapi itulah hakikat dan kenyataan yang terjadi kepada kaki chubby ni. Kesian dia kerana tuan dia selalu lalai dan alpa sehinggakan dialah yang jadi mangsanya. Peristiwa ini terjadi kerana ketika aku nak melipat tempat seterika  ( yang mama dan daddy selalu lupa lipat after guna ) maka dengan x semena-mena dawai tajam yang terjelir keluar kat kaki tempat seterika tu berjaya menjilat kakiku. ( geram agaknya tengok chubby sangat kakiku ) Terencut (betul ke perkataan ni) je time jalan.Dah la kene kerja lagi. Tapi muka still kena control cam x de apa pun yang berlaku. Hope kesan ubat aloe vera ni akan membaik pulihkan dengan cepat kaki yang sungguh mengasihankan ni. Saya Sayang Kaki Saya : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...