NUFF

Thursday, April 29, 2010

Dear Najihah kardi


THANKS FOR THE GIFT
IT 'S IS VOCHELLE CHOCOLATE

 THANKS NAJIHAH @ JIA

suka sangat tau Jia
ingatkan siapalah yang bagi 
alih-alih ada atas meja study.
: )

 
only me
&
y0u

BEST FRIEND FOREVER OKAY


Good luk for ur final too Jia.
Of course tidak akan ku lupakan dirimu wahai Jia.
Mane boleh ajak selalu pergi date (kacau saje)
(Kurang asam nya budak ko perli aku ye)

SAYANG JIA JUGA
YOU ARE WELCOME
&
THANKS FOR EVERYTHING GAK

Maaf diterima dan setakat ini mana ada buat silap. 
I like and so lucky meet a person like you JIA.

Monday, April 26, 2010

Kemusnahan dan kerosakkan

Apakah perasaan anda semua jika barang-barang anda telah rosak? Mesti ada sedikit rasa sedih mengenangkan barang itu. Aku tidak terkecuali. Aku pun sebenarnya tidak pasti kerosakkan ini disebabkan aku atau dia sendiri yang nak jahanam atau rosak.

Aku kena jadi lemah-lembut sedikit agaknya agar barang-barang aku ni tidak terus-menerus rosak. Nampak sangat aku ganas. So guys..jangan pikat si Nadia a.k.a Naddy Yaya ni sebab dia ganas Hahaha (ceh macam ada je orang laki nak pikat aku

Barang-barang rosak mangsa keganasan 
atau rosak sendiri 
atau uzur
Calon-calonnya adalah :

Zip pencil case aku telah tertanggal. Kali terakhir kelihatan sempurna ialah minggu lepas.Sekarang aku perlu cari yang baru sebabnya barang-barang dalam pencil case ni always berterabur dalam beg dan ini agak menyerabutkan keadaan dalam beg aku.

Ini namanya aku lupalah. Hahaha okay aku namakan dia alat bantuan kebersihan kulit badan aku. Skema sungguh ayat aku. Shower net kot nama dia. Apa-apa sahaja. Yang penting dia sudah patah di bahagian pemegang dan ketika aku mandi tersangatlah susah nak gosok belakang sebab pemegangnya sudah patah.Aku sental badan ganas sangat sampai boleh patah Bila entah nak beli baru belum ditetapkan tarikhnya. Cewah macam nak tetapkan tarikh nikah pulak.

Bekas mandian aku. Aku kan tinggal dekat hostel kolej so mesti ada punyalah bekas mandi ni untuk mengangkut segala barang mandian dan masalah yang timbul sekarang dekat pemegang bekas sudah pecah sebab aku terhempas dekat bathroom hari itu. So lepas mandi aku tidak lagi dapat menghayun dengan girang bekas ni sebab confirm terabur semua barang mandian aku.

Handphone ni hadiah dari mama time birthday aku tahun lepas. Dan tahun ini salah satu button or keypad dia sudah pun tercabut. Aku tekan kuat sangat ke saat menaip message? Atau dia merajuk sebab asyik dengar aku cakap nak tukar phone baru ?

Handphone oldskul yang aku still simpan hadiah daripada orang. Mudah lagi kalau nak bermesej if guna handphone oldskul macam ni. Aku tak tahu apa si Akim (membe aku) dah buat pada Handphone ni sampai penutup dia longgar dan tidak boleh tutup langsung.Dah la memang ada masalah tempat charge. Nasib kau la phone. Aku tak buat kan keganasan ke atas kau? : )

Ni make up aku yang rosak atas keganasan aku. Sebabnya aku dengan tidak sengaja jatuhkan. Tercabut sampai penutup bedak dan tengoklah warna eyeshadow pun telah pecah lepas jatuh. Aku redha.

 Cermin tempat aku selalu tatap muka cun ni pun sudah rosak dan tertanggal. Susahnya nak tegok keadaan tudung saat nak ke kelas. Aku tak sengaja jatuhkan kau. Sebab keadaan sangat kelam kabut ketika aku pegang kaun. Nasib la toilet dekat dengan bilik aku tak la jauh nak tengok cermin.

Beg laptop,beg kuliah, beg shopping. Itulah fungsi beg ni. Banyak berjasa pada aku. Mula-mula aku tidak suka beg ni tapi ramai pula puji beg ni cantik dan simple. Ni hadiah dari mama sebenarnya. Rosak sebab sudah dalam perjalanan mahu putus. Dan nasib la aku banyak beg lain. Tapi beg ni paling mudah matching dengan apa jua keadaan berbanding beg lain.

Flip-flop kesayangan aku. Beli tahun 2005 dan setelah hampir 4 tahun lebih berjasa hayat dia sudah samapi penghujung tapi aku modified dan still boleh pakai. Aku letak pin butterfly and stappler banyak-banayk. Bijaknya aku.Tak pe sayang punya pasal nampak hodoh pun cantik gak di mata aku.

Sunday, April 25, 2010

GRANDIS YANG MENYENTAP JIWA

For the last assignment untuk semester ni ialah untuk subjek financial management. Benda yang aku dan rakan-rakan kena buat kali ni ialah broshure (macam mana nak eja?) untuk kereta. Kira macam kita orang kena promote kereta baru atau lama tapi dengan design dan krativiti sendiri untuk memancing markah assignment yang bernilai 10 % cewah macam nak mancing ikan  pula.

Aku memilih jenama Mitsubishi Grandis. Aku memang minat kepada kenderaan pacuan 4 roda (memang 4 roda takkan 6 pula) jenis MPV. Aku suka kereta yang besar sebab dapat angkut banyak orang dan  isi banyak barang disamping sesuai dengan orang berbadan besar macam aku ni.Hehe

 Bertuah kalau lawa macam model ni.

Oleh kerana assignment terakhir maka ada sedikit kelainan yang aku buat bersama rakan-rakan yang lain iaitu buat ramai-ramai di depan TV dekat ruang menonton hostel. Kitaorang jadikan macam rumah siap dengan angkut tilam dan bantal. Aku, Hueda dan Mira siap tidur depan TV. Baru rasa nikmat tidur malam tanpa berpeluh. Sangat sejuk dan selesa tidur di situ tapi satu je yang tidak best. Nyamuk bedal kitaorang punya darah. Gatal la kau gigit aku nyamuk. Tahu tak?

Ni lah gambar model kerata Mitsubishi Grandis tu.Tidak pernah nampak lagi orang pakai dekat Malaysia ni. Lawalah kereta ni. Anda patut memcuba untuk membelinya.Harga RM 164,980.00 berpatutan. (kau ingat murah ke 100k nadia oi?) : )

Monday, April 19, 2010

ALWAYS BE MY BABY

we were as one baby
for a moment in time
and it seemed everlasting
that you would always be mine
now you want to be free
so I'm letting you fly
cause i know in my heart baby
our love will never die,no!

you'll always be a part of me

i'm a part of you indefinitely
boy don't you know you can't escape me
ooh darling cause you'll always be my baby
and we'll linger on
time can't erase a feeling this strong
no way you're never gonna shake me
ooh darling cause you'll always be my baby

i ain't gonna cry no
and i won't beg you to stay
if you're determined to leave boy
i will not stand in your way
but inevitably you'll be back again
cause ya know in your heart babe
our love will never end no
you'll always be a part of me
i'm part of you indefinitely
boy don't you know you can't escape me
ooh darling cause you'll always be my baby
and we'll linger on
time can't erase a feeling this strong
no way you're never gonna shake me
ooh darlin cause you'll always be my baby

i know that you'll be back boy

when your days and your nights get a little bit colder 
i know that,you'll be right back, baby
oh, baby believe me it's only a matter of time
of time

you'll always be a part of me

i'm part of you indefinitely 
boy don't you know you can't escape me
ooh darlin cause you'll always be my baby
and we'll linger on (and we will linger on)
time cant erase a feeling this strong 
no way you're never gonna shake me 
oh darlin cause you'll always be my baby

you'll always be a part of me 
i'm part of you indefinitely 
boy don't you know you can't escape me
darlin cause you'll always be my baby (no no)
and we'll linger on (you and I will always be)
time cant erase a feeling this strong
no way you're never gonna shake me (you & I)
ooh darlin cause you'll always be my baby (you & I)

you and i will always be

no way your never gonna shake me
no way your never gonna shake me
you and i will always be 

Lagu ini mengingatkan aku pada seseorang. Terima lasih sebab perkenalkan lagu ini pada aku. Mula-mula aku tidak suka lagu ini tapi bila layan balik aku jatuh cinta. Betullah kata orang tak kenal maka tak cinta ataupun mula-mula benci lama-lama suka. So janganlah benci-benci sebab nanti tersuka dan malu sendiri.

*** Thanks to San (nama manja dia) sebab bagi lagu ini dekat aku. Sesungguhnya aku rindu dekat kau. : ) Aku harap kau sukses la dengan kerja di awan itu. Kan bagus dulu kalau aku ambil kursus pilot macam kau tak lah aku terjebak dalam dunia akaun macam sekarang.

Berangan lah kau nadia lesen kereta pun tak ambil lagi nak ambil lesen kapal terbang pula. Tapi tak salahkan ada cita-cita tinggi. Aku suka benda yang mencabar dan lain dari yang lain. Lepas ini aku berharap sangat dapat sambung dalam kos hiasan dalaman atau apa-apa yang berkaiatan dengan reka dan kreatif. Aku tak sanggup dah menghadap angka-angka saban hari.

Cukup la aku merepek,dari lagu always be my baby tiba-tiba pergi ke pilot. Jauh tu. : ) Tapi apa-apapun setiap kali aku dengar lagu ni aku teringat pilot, kapal terbang dan all the sweet memories with san. Itulah kot kaitan nya. He..he..he.. 

Soalan Standard Penemu Duga

Sempena aku akan menghadapi mock interview untuk subject Communication English ni nanti aku mahu kongsi serba sedikit soalan standard penemu duga melalui apa yang aku sudah search. Kepada rakan sepejuangan semua aku ucapkan all the best and good luck okay. Jangan lupa tarikh mock interview kita start 26 until 29 April 2010 nanti.

Sebelum itu adalah dengan sukacitanya aku mahu berpesan bahawasanya adalah penting supaya you all menyediakan diri untuk temu duga nanti dengan soalan -soalan yang bakal ditanya oleh pensyarah-pensyarah yang kononnya macam majikanlah. Kata mock interview kan. Contoh contoh soalan lazim bersertajawapan ialah seperti..

1.Ceritakan serba sedikit latar belakang kamu.
Soalan ini adalah berbentuk ice breaker. Oleh yang demikian cuba jawab soalan begini dengan mengaitkan serba sedikit kerja atau kemahiran yang pernah dilalui.

2.Apakah yang kamu tahu tentang bidang kerja yang kami buat?
Seharusnya menjawab berdasarkan penyelidikan awal yang dibuat sebelum masuk untuk ditemu duga.

3. Apakah kelemahan kamu ?
Dinasihatkan supaya menjawab denagn cara positif. Contohnya, " Ejaan saya tidak terlalu sempurna, jadi saya akan gunakan spell checker"

4. Apakah kekuatan kamu ?
Nyatakan kemahiran yang boleh menunjukkan kamu seorang pekerja yang dikehendaki oleh mana-mana syarikat.

5.  Mengapakah kamu meninggalkan kerja lama kamu ?
Kamu perlu menjawab dengan positif. Seboleh-bolehnya jangan menyatakan kamu diberhentikan
atau tidak sehaluan dengan rakan sekerja.
 

Friday, April 16, 2010

Ranch Rush

Tiba-Tiba aku telah menjadi kaki main game. Memang aku tidak boleh dekati game makanya aku akan jadi ketagih dan "PENAGIH TEGAR". Sampai aku sanggup tidur lewat. Balik dari kelas pun terus on laptop gara-gara mahu sambung permainan game yang sudah buat aku gila. 

Aku memang kaki main game. Silap aku pergi tekan hari itu dan explore laptop aku. Sekarang aku tidak boleh berhenti. Tapi aku juga rasa sangat rtelax bermain game ni sebab kebelakangan ini lebih lagi nak dekat final aku makin rasa sedikit tertekan dan bermain game boleh release tekanan aku. : )

Yang pasti kawan-kawan aku juga telah terjangkit dengan aku untuk join kelab kaki game. Game yang buat aku naik hantu sekarang RUNCH RASH lebih kurang macam farmville bezanya aku tidak perlu online untuk bermain hanya perlu guna hujung jari untuk tekan butang on laptop dan ambil masa 3 minit lepas itu sedia untuk bertempur. 


Sunday, April 11, 2010

Kecoh beli barang dapur

Lokasi : Econsave & Kipmart Kota Tinggi
Tarikh : 9 April 2010
Jam : 11 am to 4 p.m
Geng Pembeli : Aku, Hueda, Niera, Pieqa, Azym, Sir Safuan & En.Achai
Tujuan : Mencari keuntungan kelab Afpac & nak memeriahkan gerai karnival usahawan

*Thanks to Pieqa as setiauasaha kelab Afpac sebab jempu aku, Azym dan Shida untuk menjadi tukang masak jemputan. (cewah,rasa macam tukang masak celebriti pulak)

Selepas kelas Accountig Information System (AIS) masing-masing tergesa-gesa keluar dengan tujuan masing-masing yang sudah tentunya mahu hantar buku,tukar kasut ke selipar dan bawa handbag or Slingbag. Aku pula relax sahaja kerana sudah siap sedia bawa selipar dan kasut aku kirim dengan Esah suruh bawa balik hostel.

Sambil tunggu geng pembeli aku sempat beli nasi goreng as sarapan pagi walaupun sudah tengahari ketika itu kerana perut sudah berkeroncong lagu dondang sayang dah.Aku hanya bungkus juadah santapan dan menikmatinya di tangga Admin kolej dengan lahapnya. Lapar beb. 

Tiba masa untuk bertolak geng pembeli kurang seorang dan dia sudah tentunya Sir safuan.Lupalah tu.Time aku call siap tanya sekarang ke nak pergi? Alahai sir kenapalah tanya lagi. : )

Dalam van mulut masing-masing macam murai tercabut ekor tidak tahu diam macam sepulah tahun tidak jumpa. Dari cerita kolej hinggalah cerita entah apa-apa yang kitaorang borakkan. Yang paling kelakar dan buat geng pembeli pecah perut saat aku menceritakan kisah "Satu kaki" yang aku baca dekat blog si Faiz. Memang layan lah.

Saat beli-belah sudah tiba masing-masing bersemangat dengan list barang dan troly yang diusung pantas ke super market tapi tiba depan pintu super market tiba-tiba pak guard tegur dan kata dekat geng pembeli yang teruja  " Dik sila ambil troly dari dalam". Kitaorang apa lagi gelakkan diri masing-masing. MALU. Patulah aku tegok pintu masuk kecil. Mana muat troly,rupanya troly ambil dari dalam. : )

Kami bertujuh berpecah Aku dengan Azym, Hueda dengan Niera, Pieqa dengan Sir Safuan dan En. Achai jaga van dan cari barang dia sendiri. ( sir safuan ialah pensyarah pengiring manakala en.achai tu pula driver kolej)

Inilah aksi-aksi geng pembeli yang teruja sebab pertama kali ramai-ramai pergi super market dan yang pasti bukan dengan family maka kena pandai buat keputusan dan pilih sendiri. Kami berdikari.

 Saat memilih ikan bilis untuk buat cucur bilis

Hati-hati susun telur tu Azym, takut pecah pulak. Kata Sir.

Ada gaya tak untuk jadi guard jaga telur? : )

Kesian Sir Safuan cakap seorang,sebab si Pieqa sedang sibuk memberi pose.

Hueda check betul-betul list, takut salah beli sayur ni kang.Sebelum tu pose dulu. Macam biasa.

Kami ialah the power vegetarian girl. Hahaha. Amacam ada gaya as penyelamat kerosakan sayur daripada serangga-serangga perosak dan si pencuri sayur tak?

 Azym ni bukan beli ayam tapi sibuk mengurat abang penjual ayam siap main lambai-lambai lagi. : )

Ada ciri-ciri jadi bini tokey kedai beras yang berjaya si Hueda ni.Tengok beg dia. Banyak duit dalam tu.

Gaya bakal seorang celebriti tukang masak yang hot.Haha.Tak sangka dalam gambar baju aku pakai ni nampak cantik sebab aku pada mulanya tak suka baju ni.

Semua sibuk menggayakan diri di depan kamera sedangkan Sir dekat belakang tu tengah pening nak buat pilihan sos mana yang patut di beli.Bukan nak tolong.
Ketika ini Hueda mendapat mesej dari Amira untuk belikan coklat Sneakers tapi masalahnya si Hueda tak tahu macam mana rupa coklat tu makanya Azym dengan Niera pun tolong tunjuk.

Sambil menunggu yang lain masih mencari barang Azym yang sudah kelaparan pergi membeli makanan ringan yang dijual secara timbang. Pekerja perempuan yang pakai baju hijau tu ialah bekas budak sekolah aku yang sudah tidak mengenali aku kerana aku sudah gemuk sekarang. Hahaha.

Sementara kitaorang menunggu orang lelaki pergi solat jumaat si Niera ni sempat naik permainan yang dia paling suka. Best lah dia dapt lepas gian setelah sekian lama tidak naik.

Ketika kami berada di Kipmart Kota Tinggi adalah terserempak dengan beberapa orang pensyarah yang datang membeli-belah dan apabila disapa mereka hanya tersenyum dan seperti terkejut melihat kami. Kenapa tidak percaya ke kitaorang pandai tau beli barang dapur.
Aku dengan Azym pergi cari Restoran Marry Brown untuk ganti KFC. Kesian Azym kempunan mahu makan KFC so kami hanya beli Marry Brown sahaja sebabnya itu yang paling dekat dan ada dalam Kipmart dan aku belanja Sir sebab dia sudi mahu teman aku pergi jumpa mama yang nak pulang ke Kuching setelah habis cuti 2 minggu di Johor. Thanks Sir dan Azym juga yang  teman aku.

Lepas pergi Restoran Marry Brown aku dengan Azym sempat membeli DVD cetak rompak. (hanya ini yang kami mampu) Aku beli cerita Iris setelah dipaksa dan diracuni si Azym yang menyatakan cerita ni best.Thanks to abang jual DVD yang bagi Rm10 sahaja untuk 3 DVD. Tidak sabar mahu tengok lorh.Azym beli satu serita korea dan satu cerita hindi tapi aku tidak ingat tajuk.

Masa untuk bertolak balik tiba dan si Hueda dan Niera, kamu berdua telah lambat. Terkedek-kedek lari pergi ke arah van takut kena tinggal atau sudah rasa bersalah kerana lambat hah? Misi geng pembeli sudah berjaya hari itu dan cuma roti untuk hotdog sahaja yang tak jumpa tapi tidak menjejaskan pun.

Muka penat dan senyap sedikit dalam van ketika pulang ke kolej sebab masing-masing kepala sudah pening.So terlentok-lentok kepala ketiduran. Thanks semua geng pembeli. Lain Kali kita pergi beli barang dapur ramai-ramai lagi okay. : ) Sayang kamu semua.

Wednesday, April 7, 2010

Aku Nampak Oren Hari Ini


Ting..Ting..Ting..Kreng...Krenng..Eng..Eng..

(Bunyi alarm roomates aku sekitar jam 6 .30 am lebih kurang begitulah bunyi alarm dengan lagu apa entah)

Diaorang masih terpisat-pisat sambil mata macam kena gam lena dibuai mimpi yang sudah sampai penghujung dan aku pula yang bangun. Walhal bukan aku yang kunci alarm. Cerita pasal alarm ni, aku sememangnya tidak pernah menngunakan khidmat alarm. Insyallah aku boleh bangun dengan hanya set di otak mahu bangun tidur pukul berapa.
Cubalah kalau korang tidak percaya. : )

Misi seterusnya, Mandi,solat subuh,iron baju,mekap sikit,turun awal dengan satu matlamat iaitu menyalin jawapan latihan subjek finance daripada Hueda.Teruknya aku.

Warna oren.
Tema baju aku hari ini. Baju baru. Mama sempat jahit dan siapkan dalam masa sehari sementara dia datang melawat aku di johor ni. Thanks mama. Baju ini sangat lembut dan cantik walaupun sedikit jarang.

Hari ini sangat istimewa kerana ada sesi bergambar untuk kelas bagi sesi 2010. Tapi kelas kami terkena selepas waktu kelas English. Dan sudah tentunya mekap aku sudah mula mencair dan pudar dek peluh yang keluar macam hujan.Muka pun sedikit berminyak. Ala macam mana mahu nampak cantik seperti Fasha Sanda ni. (perasannya kau nadia)

Dan sangat istimewa juga edisi English kelas hari ini  ala2 IT kelas. Macam pening saja ayat aku ini. Bukan apa kami diminta oleh Miss G untuk bawa laptop ke kelas untuk buat assigment cover later and resume yang perlu di submit next week. Best juga belajar gini. Segar saja biji mata dapat menghadap internet.Tapi malangnya internet sangat slow dan diakhir kelas dengan secara tidak sengaja Aisyatul telah off plug charger laptop aku menyebabkan benda yang aku download tidak habis. Rasa nak telan saja budak Aisyatul ni siap gelak-gelakkan aku lagi. Cis. Tapi tidak mengapa. Mood aku baik  kerana orang puji aku nampak lawa hari ini. (senyum sampai ke telinga)







Berbalik pada sesi bergambar aku sangat suka gambar aku bersama seorang budak kecil yang sangat comel milik cameraman.Comel anak abang.Tapi dia tidak senyum dan nampak takut. Agaknya terkejut tengok aku yang besar macam gergasi. : )


rendah saja budak comel ini, tapi tak pe akak cangkung untuk sama tinggi okay.

ala seriusnya muka adik ni,tapi tak pe tetap comel dan rasa nak cium je : )

Ini pula gambar yang aku suka bagi sesi bergambar kali ini tapi tidak banyak sangat gambar dapat diambil kerana kami mengejar masa dan semua orang ketika ini sudah lapar dan mahu ke cafeteria menikmati lunch. Yang bestnya si Hueda,Niera dan Pika yang berpuasa telah memcahkan puasa mereka. Cuaca sangat panas kot. Diorang sangat dahaga dan laparlah tu.


tergelak besar aku kononya sangat bahagialah tu. : )

apalah yang lawak sangat kan sampai si azim ni gelak macam ni dan rasanya ukuran mulut dia seperti singa sedang menguap. : )

Sangat istimewa juga bagi aku hari ini ialah aku dapat makan lauk sotong time lunch. Kekenyangan sampai tertidur dan rasa malas mahu pergi kelas. 

Tapi sangat pedas lauk sotong tu sehingga bibir aku bengkak dan berbotol air aku minum.Sakit rasa bibir aku dan meleleh hingus dekat hidung. Betul-betul ada UMMMPPHHH lah lauk sotong tu.

 Dan nasib baik terjumpa saki baki Clorets time pergi Kuala Lumpur hari itu.Hilang sikit rasa pedas.

Sangat istimewa juga hari ini aku mula masuk Lab kerana sudah mula belajar MAYOB. Sir Zaki yang ajar bersama-sama dengan Miss Shida. Best jugalah cuma tidak berapa nak faham kadang-kadang apa yang sir Zaki cakap. Sleng English dia dahsyat beb. : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...