NUFF

Wednesday, November 24, 2010

KALAU BERPACARAN

Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencuba aksi terlarang

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Yeah
Kita sambung cerita kalau kamu berdua
Aku yang ketiga aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah

Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah kalau tak sedia
Ucap syahadah




Penyanyi asal 
credit to them

Lagu yang terhangat kini lebih-lebih lagi aku bertambah pecah perut bila tengok Cikgu Shida ni mimingkan. Kreatif la dia ni. Apa sahaja tanggapan korang yang penting korang tahu fikir sendiri okay!

So,beringat-ingatlah kita dan lagu ni terkandung  satu nasihat yang bagus.

COUPLE BOLEH SAJE.
ASAL TAHU BATASNYA.
:)


Friday, November 5, 2010

New Blog by Me


Lama tak updates entry kat sini kan. So aku cume nak habaq yang aku lama tak jenguk blog aku ni sebabnya aku banyak melepak dekat blog baru aku. Hahak

Kira cam lupe daratan sikit la. Adat la manusia kan. Ada benda baru yang lame di lupa-lupakan. Akulah tu. Okay aku pun tak tahu kenapa aku tamak sangat sampai ada dua blog. So nanti korang bolehlah rajin-rajin usha blog baru aku tu.

Alasan yang lebih khusus aku tak pasti kenapa perlu aku buat blog baru. Meh le aku cerita serba sedikit pasal blog baru aku. Dengan rasminya di create pada 24 Oktober 2010. Masuk minggu ni kira lebih kurang 2 minggu dah usia blog tu. Aku letak title Eya Nadia. Lebih kurang macam nama blog aku ni cuma aku terbalikkan je sebab aku takut aku sendiri yang akan keliru.Maklumlah aku ni pelupa sikit. Dah tua la katekan. Aku kali ni pilih warna hitam sebab nampak misteri sikit dan nampak kemas. Walaupun sebenarnya aku minat warna merah yang sangat jambu.

Blog ni aku still aktifkan dan mungkin lebih kepada cerita aku. Mesti korang tak nak baca kan? Hahak.  Ala mana-mana blog pun tuan punya nya tetap aku. Pengarangnya pun tetap aku. Tak de share dengan sape-sape pun.

Aku rasa itu jelah aku nak habaq dekat entry ni. Sebelum aku lupa aku ucapkan selamat Hari Deepavali buat kaum India dekat Malaysia ni. Korang pun selamat bercuti umum. Moh le kite pergi serang shopping complex ramai-ramai okay. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...