NUFF

Monday, April 19, 2010

Soalan Standard Penemu Duga

Sempena aku akan menghadapi mock interview untuk subject Communication English ni nanti aku mahu kongsi serba sedikit soalan standard penemu duga melalui apa yang aku sudah search. Kepada rakan sepejuangan semua aku ucapkan all the best and good luck okay. Jangan lupa tarikh mock interview kita start 26 until 29 April 2010 nanti.

Sebelum itu adalah dengan sukacitanya aku mahu berpesan bahawasanya adalah penting supaya you all menyediakan diri untuk temu duga nanti dengan soalan -soalan yang bakal ditanya oleh pensyarah-pensyarah yang kononnya macam majikanlah. Kata mock interview kan. Contoh contoh soalan lazim bersertajawapan ialah seperti..

1.Ceritakan serba sedikit latar belakang kamu.
Soalan ini adalah berbentuk ice breaker. Oleh yang demikian cuba jawab soalan begini dengan mengaitkan serba sedikit kerja atau kemahiran yang pernah dilalui.

2.Apakah yang kamu tahu tentang bidang kerja yang kami buat?
Seharusnya menjawab berdasarkan penyelidikan awal yang dibuat sebelum masuk untuk ditemu duga.

3. Apakah kelemahan kamu ?
Dinasihatkan supaya menjawab denagn cara positif. Contohnya, " Ejaan saya tidak terlalu sempurna, jadi saya akan gunakan spell checker"

4. Apakah kekuatan kamu ?
Nyatakan kemahiran yang boleh menunjukkan kamu seorang pekerja yang dikehendaki oleh mana-mana syarikat.

5.  Mengapakah kamu meninggalkan kerja lama kamu ?
Kamu perlu menjawab dengan positif. Seboleh-bolehnya jangan menyatakan kamu diberhentikan
atau tidak sehaluan dengan rakan sekerja.
 

4 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

aku tak suka temuduga... huhu

Naddy Yaya said...

SAMALAH..X SUKA GAK

gabanMorka said...

temuduga pertamaku gagal dan berlangsung selama 3 minit lebih sahaja....
malu pun ada

Naddy Yaya said...

ble.. ari tu ke??? bukan nye ko ni terror ke bab2 gini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...