NUFF

Wednesday, April 7, 2010

Aku Nampak Oren Hari Ini


Ting..Ting..Ting..Kreng...Krenng..Eng..Eng..

(Bunyi alarm roomates aku sekitar jam 6 .30 am lebih kurang begitulah bunyi alarm dengan lagu apa entah)

Diaorang masih terpisat-pisat sambil mata macam kena gam lena dibuai mimpi yang sudah sampai penghujung dan aku pula yang bangun. Walhal bukan aku yang kunci alarm. Cerita pasal alarm ni, aku sememangnya tidak pernah menngunakan khidmat alarm. Insyallah aku boleh bangun dengan hanya set di otak mahu bangun tidur pukul berapa.
Cubalah kalau korang tidak percaya. : )

Misi seterusnya, Mandi,solat subuh,iron baju,mekap sikit,turun awal dengan satu matlamat iaitu menyalin jawapan latihan subjek finance daripada Hueda.Teruknya aku.

Warna oren.
Tema baju aku hari ini. Baju baru. Mama sempat jahit dan siapkan dalam masa sehari sementara dia datang melawat aku di johor ni. Thanks mama. Baju ini sangat lembut dan cantik walaupun sedikit jarang.

Hari ini sangat istimewa kerana ada sesi bergambar untuk kelas bagi sesi 2010. Tapi kelas kami terkena selepas waktu kelas English. Dan sudah tentunya mekap aku sudah mula mencair dan pudar dek peluh yang keluar macam hujan.Muka pun sedikit berminyak. Ala macam mana mahu nampak cantik seperti Fasha Sanda ni. (perasannya kau nadia)

Dan sangat istimewa juga edisi English kelas hari ini  ala2 IT kelas. Macam pening saja ayat aku ini. Bukan apa kami diminta oleh Miss G untuk bawa laptop ke kelas untuk buat assigment cover later and resume yang perlu di submit next week. Best juga belajar gini. Segar saja biji mata dapat menghadap internet.Tapi malangnya internet sangat slow dan diakhir kelas dengan secara tidak sengaja Aisyatul telah off plug charger laptop aku menyebabkan benda yang aku download tidak habis. Rasa nak telan saja budak Aisyatul ni siap gelak-gelakkan aku lagi. Cis. Tapi tidak mengapa. Mood aku baik  kerana orang puji aku nampak lawa hari ini. (senyum sampai ke telinga)







Berbalik pada sesi bergambar aku sangat suka gambar aku bersama seorang budak kecil yang sangat comel milik cameraman.Comel anak abang.Tapi dia tidak senyum dan nampak takut. Agaknya terkejut tengok aku yang besar macam gergasi. : )


rendah saja budak comel ini, tapi tak pe akak cangkung untuk sama tinggi okay.

ala seriusnya muka adik ni,tapi tak pe tetap comel dan rasa nak cium je : )

Ini pula gambar yang aku suka bagi sesi bergambar kali ini tapi tidak banyak sangat gambar dapat diambil kerana kami mengejar masa dan semua orang ketika ini sudah lapar dan mahu ke cafeteria menikmati lunch. Yang bestnya si Hueda,Niera dan Pika yang berpuasa telah memcahkan puasa mereka. Cuaca sangat panas kot. Diorang sangat dahaga dan laparlah tu.


tergelak besar aku kononya sangat bahagialah tu. : )

apalah yang lawak sangat kan sampai si azim ni gelak macam ni dan rasanya ukuran mulut dia seperti singa sedang menguap. : )

Sangat istimewa juga bagi aku hari ini ialah aku dapat makan lauk sotong time lunch. Kekenyangan sampai tertidur dan rasa malas mahu pergi kelas. 

Tapi sangat pedas lauk sotong tu sehingga bibir aku bengkak dan berbotol air aku minum.Sakit rasa bibir aku dan meleleh hingus dekat hidung. Betul-betul ada UMMMPPHHH lah lauk sotong tu.

 Dan nasib baik terjumpa saki baki Clorets time pergi Kuala Lumpur hari itu.Hilang sikit rasa pedas.

Sangat istimewa juga hari ini aku mula masuk Lab kerana sudah mula belajar MAYOB. Sir Zaki yang ajar bersama-sama dengan Miss Shida. Best jugalah cuma tidak berapa nak faham kadang-kadang apa yang sir Zaki cakap. Sleng English dia dahsyat beb. : )

3 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

I love sotong Goreng....

Naddy Yaya said...

me too..ape2je jenis masakan pn janji sotong..tp sotong goreng sedap dimakn nak menggorengnye seksa..letup2 cam lava gunung berapi yg leh uat i jerit ***@@##^ (perkataan carut) secara x sengaja hehe

asna ashraff said...

meriah!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...