NUFF

Monday, April 26, 2010

Kemusnahan dan kerosakkan

Apakah perasaan anda semua jika barang-barang anda telah rosak? Mesti ada sedikit rasa sedih mengenangkan barang itu. Aku tidak terkecuali. Aku pun sebenarnya tidak pasti kerosakkan ini disebabkan aku atau dia sendiri yang nak jahanam atau rosak.

Aku kena jadi lemah-lembut sedikit agaknya agar barang-barang aku ni tidak terus-menerus rosak. Nampak sangat aku ganas. So guys..jangan pikat si Nadia a.k.a Naddy Yaya ni sebab dia ganas Hahaha (ceh macam ada je orang laki nak pikat aku

Barang-barang rosak mangsa keganasan 
atau rosak sendiri 
atau uzur
Calon-calonnya adalah :

Zip pencil case aku telah tertanggal. Kali terakhir kelihatan sempurna ialah minggu lepas.Sekarang aku perlu cari yang baru sebabnya barang-barang dalam pencil case ni always berterabur dalam beg dan ini agak menyerabutkan keadaan dalam beg aku.

Ini namanya aku lupalah. Hahaha okay aku namakan dia alat bantuan kebersihan kulit badan aku. Skema sungguh ayat aku. Shower net kot nama dia. Apa-apa sahaja. Yang penting dia sudah patah di bahagian pemegang dan ketika aku mandi tersangatlah susah nak gosok belakang sebab pemegangnya sudah patah.Aku sental badan ganas sangat sampai boleh patah Bila entah nak beli baru belum ditetapkan tarikhnya. Cewah macam nak tetapkan tarikh nikah pulak.

Bekas mandian aku. Aku kan tinggal dekat hostel kolej so mesti ada punyalah bekas mandi ni untuk mengangkut segala barang mandian dan masalah yang timbul sekarang dekat pemegang bekas sudah pecah sebab aku terhempas dekat bathroom hari itu. So lepas mandi aku tidak lagi dapat menghayun dengan girang bekas ni sebab confirm terabur semua barang mandian aku.

Handphone ni hadiah dari mama time birthday aku tahun lepas. Dan tahun ini salah satu button or keypad dia sudah pun tercabut. Aku tekan kuat sangat ke saat menaip message? Atau dia merajuk sebab asyik dengar aku cakap nak tukar phone baru ?

Handphone oldskul yang aku still simpan hadiah daripada orang. Mudah lagi kalau nak bermesej if guna handphone oldskul macam ni. Aku tak tahu apa si Akim (membe aku) dah buat pada Handphone ni sampai penutup dia longgar dan tidak boleh tutup langsung.Dah la memang ada masalah tempat charge. Nasib kau la phone. Aku tak buat kan keganasan ke atas kau? : )

Ni make up aku yang rosak atas keganasan aku. Sebabnya aku dengan tidak sengaja jatuhkan. Tercabut sampai penutup bedak dan tengoklah warna eyeshadow pun telah pecah lepas jatuh. Aku redha.

 Cermin tempat aku selalu tatap muka cun ni pun sudah rosak dan tertanggal. Susahnya nak tegok keadaan tudung saat nak ke kelas. Aku tak sengaja jatuhkan kau. Sebab keadaan sangat kelam kabut ketika aku pegang kaun. Nasib la toilet dekat dengan bilik aku tak la jauh nak tengok cermin.

Beg laptop,beg kuliah, beg shopping. Itulah fungsi beg ni. Banyak berjasa pada aku. Mula-mula aku tidak suka beg ni tapi ramai pula puji beg ni cantik dan simple. Ni hadiah dari mama sebenarnya. Rosak sebab sudah dalam perjalanan mahu putus. Dan nasib la aku banyak beg lain. Tapi beg ni paling mudah matching dengan apa jua keadaan berbanding beg lain.

Flip-flop kesayangan aku. Beli tahun 2005 dan setelah hampir 4 tahun lebih berjasa hayat dia sudah samapi penghujung tapi aku modified dan still boleh pakai. Aku letak pin butterfly and stappler banyak-banayk. Bijaknya aku.Tak pe sayang punya pasal nampak hodoh pun cantik gak di mata aku.

5 comments:

Yatre Hayati said...

nad...ganasnya!!

Naddy Yaya said...

hahaha tulah pasal

gabanMorka said...

Kerosakan di tahap 9skala ritcher(tol ke eja ni?)...gempa bumi pon xteruk cmni

Naddy Yaya said...

betul la tu kot ejaan ko
hahaha bedal je janji ade bunyi ritcher kui kui
eleh gempa bumi sgt lah gaban oi

L.Lawlett said...

adakah awk seorang yang ganas .haha. serius, bnyak sungguh barang yang pecah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...