NUFF

Saturday, October 9, 2010

Bengang

Pernah tak dengar lagu Akim yang tajuknya bengang tu. Mesti ramai tahu. Tapi lagu tu tiada kena mengena dengan apa yang aku rasa sekarang. Aku saja je nak stress perkataan bengang tu. Sebabnya aku tengah bengang. Bukan sebab cinta (jiwang sangat aku ni) tapi sebab perangai seorang mamat ni. Baguslah kalau kau baca entry aku ni. 

Berapa kali nak bagitahu agaknya yang aku tak suka dipaksa dan kau tak perlulah asyik nak ulang banyak kali cakap kau tu (macam aku ni dah nyanyuk sangat agaknya,pelupa). Maaflah kalau aku tak angkat panggilan dan balas mesej kau. Bukan apa aku tahu kau akan cakap benda yang sama buat kan aku naik muak. Tahu tak? Dan satu hal lagi kalau aku dah tak nak layan tu maksudnya aku tak nak dan tak berminat. Itu pun kau tak faham-faham lagi ke? Nak kena explain macam macam jawab soalan exam yang kena lengkap jawapannya.

Aku tak pernah nak bersangka buruk tau dengan kau. Aku anggap kau kawan aku. Tapi kalau kau sendiri yang minta tak berhubung dengan aku lagi tidak mengapalah ye. Aku terima. Lepas ni harapan aku kau sedar. Dan yang nak ikut sedap mulut kau,time marah nak maki-maki aku. Pantanglah aku jumpa orang macam kau ni.

Sejahat-jahat aku pun, aku tak sampai hati nak maki kau tau. Aku fikir perasaan oarang kalau aku cakap macam tu. Cuba kalau kau kena maki. Marah tak rasanya? Aku tak pernah rasa diri aku bagus,aku sedar siapa aku. Tapi siapa kau nak hukum aku.

BENGANG! BENGANG! BENGANG!

2 comments:

Tapak Kaki said...

aku bengang dengan akim.. aku tak suka dia.haha

NADDY YAYA said...

aishhh...haha no komen. mane menghilang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...