NUFF

Wednesday, February 3, 2010

TIP CINTA

Aku belek-belek majalah sambil baring-baring dengan muka bosan lalu terjumpa artikel ni. Bunyi mengayat macam best juga la haha… tajuk besarnya tip cinta (sesuai sangat untuk orang perasan dan single but not available macam aku)

Satu demi satu aku baca dan tip ni macam ada kena mengena pula dengan aku (ceh,rasa semua orang akan alami hal yang sama je) So jom lah aku nak share dengan korang dengan apa yang aku baca ni.

ORANG YANG MENCINTAI KAMU AKAN…

  1. Belajar menyukai lagu kesukaan
  2. Beri barang miliknya walaupun tak berapa nak berharga
  3. Jika sedang sakit,pasti akan tanya keadaan dan risau.
  4. Akan wish good luck or bagi semangat bila masuk pertandingan or nak ujian or melakukan sesuatu.
  5. Jika berpindah ke tempat lain mesti akan diberitahu supaya jaga diri dan berwaspada.
  6. Ingin selalu dekat dan habiskan masa bersama
  7. Bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  8. Sanggup mengajar dan sabar walaupun mungkin tak akan faham-faham or lambat sangat pick-up.
  9. Melakukan hal yang pelik seperti telefon banyak kali dalam sehari sebab selalu teringat.
  10. Di telefon bimbit penuh dengan mesej dan disimpan walaupun mesej tu dah berbulan lamanya atau bertahun-tahun.
  11. Jika ditolak,maka hati akan terluka dan apabila sudah sedari perkara itu tapi sudah terlambat.
Adakah ciri-ciri orang yang disenarai di atas berada disekitar korang? Jika ada,maka janganlah sia-sia kan orang itu kerana akan menyesal di kemudian hari dan selalunya orang macam ini akan muncul sekali sahaja seumur hidup,oleh itu hargailah orang itu sebaiknya (ayat buku itu cetak bukan aku)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...