NUFF

Saturday, February 13, 2010

Tak Suka Plan

Memang tersangatlah tidak suka apabila apa yang dirancang tidak menjadi. Sebab harapan sudah setinggi gunung mengharapkan perjumpaan kembali antara geng-geng yang sekian lama tidak bertemu. 7 tahun okay. Simpatilah aku dengan kau Kates sebab rasanya kau lagi terkilan tidak dapat menghadiri wedding kakak kau kan. Salahkan kereta itu. (maaf ye kereta)
Seronok jugalah duduk hostel seorang diri walaupun tiada teman berbicara tapi okay sajalah. Aku memang sudah terbiasa hidup sendiri ni dari kecil lagi. Mana ramai kawan. Hidup terpencil denagn rumah jauh dari orang. Adik-beradik tiada. Harapkan barang mainan yang tersangalah banyak itulah peneman setia aku. (terima kasih ye teman aku)

Hari-hari rutin yang sama,tunggu nenek pulang kerja,makan,tidur,main dengan mainan,tengok cerita kartun or drama cina dan paling penting mendengki anjing peliharaan dirumah (aku samak okay) Anjing lebih faham bahasa berbanding kucing yang sangat pemalas apabila sudah diberi makan whiskes atau frikies(betul ke ejaan ni). So lepas kenyang terus tidur sambil tinggalkan aku terkebil-kebil seorang. Cis!
Lebih kurang gini lah rupa anjing yang aku bela tu,nama dia hitam putih sebab ada 2 warna itu dekat badan dia. Hitam putih ni anjing paling aku suka sebab dia lawa.


Lagi 2 ekor yang aku bela warnanya hitam. Aku tak suka sangat sebab warna hitam kan. Yang hitam berkilat namanya John(seperti dalam gambar),yang ada tanda coklat dekat atas dahi nama dia Kumbang.

Kerana masa kecil begitulah so aku tak kisah apabila tinggal seorang. Campaklah mana pun,insyallah aku boleh hidup. Hidup ini tersangatlah mencabar. Aku memang selalu melaluinya,kalian yang lain juga tidak terkecuali rasa macam aku. Betul tak? Setiap oarang punyai masalah masing-masing.

Berbalik tentang perancangan tadi,aku selalu menjadi mangsanya. Sebab apa yang  dirancang biasanya tidak akan menjadi kenyataan pun. Cis. Benci.  So memang aku lebih suka menjadi orang yang tidak di duga keputusannya. Biarlah. Janji menjadi daripada tidak menjadi. Last-last sakit hati. 

Aku tidak tahu mahu ke mana petang ini. Sangatlah berharap my friends Tan will pick up me here and jom la kita ber Gong Xi Fa Cai. Nasiblah kau balik raya ni. Aku mahu Ang Pow okay. : )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...