NUFF

Saturday, February 6, 2010

Cousin Oh Cousin


Cousin mazen ku tersangatlah ramai,if cerita perihal seorang demi seorang sampai esok pun tak akan habis punya kot. Tapi aku sangat bersyukur la punya cousin mazen yang best dan kami macam adik-beradik. Walaupun aku asalnya anak tunggal tapi mereka buat aku rasa bukan macam tunggal jauh sekali tunggul.

Teringat kembali kenangan di waktu kecik-kesik dulu sememangnya sangat nostalgia indah yang tak kan aku lupa hingga nafas terakhir punyalah. Kerana mempunyai cousin mazen lelaki yang ramailah aku secara tidak langsung turut berpewatakan seperti mereka, mereka panjat aku nak juga,mereka mandi sungai aku nak juga,mereka main gasing aku nak juga (balingan gasing aku selalu tak menjadi,geram betul), mereka berbasikal siap up-up and lepas tangan (kononnya baru gentleman if awek tengok) aku pun nak juga,pendek kata apa mereka buat aku pun nak ikut juga.

Dan sememangnya perangai kasar macam jantanlah bak kata orang still melekat dalam diri aku. Tapi masa berlalu dan tentunya aku pun terubah jugalah. Cara berpakaian,potongan rambut dan suara sahaja yang berubah sifat kelakian ada lagi lah (ceh,yang penting aku tak akan berperasaan pada girl okay) Cerita perihal suara,ye sekarang sangatlah halus macam apa entah (doraemon or budak sekolah kot) memang tak sesuai langsung dengan kekasaran aku ha ha ha tapi aku bersyukur sangat dikurniakan suara begini. Nyanyi pun sedap (ceh fikir bagus sangatlah tu).

Eh,melencong jauh dah cerita aku ni,berbalik perihal cousin mazen ni,aku memang mengaku seikhlas sayang sangat kat korang dan hope kita kan terus happy go lucky, gossip2(khas untuk yang perempuan terutamanya) , bikin kecoh, gelak bersama,kongsi kisah sedih dan tauladan bersama, makan makanan yang sedap2 bersama, hinggalah hujung nyawa. Now rasa sedikit sedih kerana masing-masing sudah ada hala tuju dan kehidupan yang berbagai, ada yang dah kahwin tu tahniahlah, yang dah ada anak tu bersyukurlah, yang dah kerja tu teruskan meningkatkan prestasi kerja,yang belajar tu,semoga success la lagi okay.

ni kak de (niena) dia putih melepak macam cina dan kami sangat rapat
De..bila kau nak kahwin ni,umur dah lanjut dah..

 
ni linda,sangat suka bersolek dan kami sebaya,dia dah pun kahwin,comel la anak kau



pic time raya,aku ada cousin yang sindrom down (pakai baju merah) dan dia sangat lucu aku pun memang kaki sakat, : )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...