NUFF

Friday, February 5, 2010

1% LUCK

Kebelakangan ini hidup aku sangat tidak terurus. Kenapa agaknya? Hantu apa yang sudah merasuk aku ni (janganlah rasuk betul-betul,nanti susah orang nak angkat sebab aku berat) Nasib aku pun tidak berapa nak bertuah. (bukan memang selalu macam ni ke)



Bak kata Madam Su; carca merba, bak kata adeq (estet); serabai arrr, bak kata reing; eeeeeee, bak kata Ca; selekeh, bak kata Azym; tak senonoh.(perkataan yang mereka-mereka ni selalu sebut bila nak tunjukkan kegelian sambil mulut berut-berut dan kening berkerut) : )

Sejak balik dari konvesyen Program Siswa Niaga (PSN) hari itu, memang kacau bilau dan tidak terurus diri dan semua benda disekeliling aku. (aku kena mandi bunga ni agaknya ,ciss karut je kan) Aku jadi seperti orang-orang yang dekat sawah tu menunggu jadi kering dan berpanas.(ceh apa kaitan entah)

Antara benda yang terbengkalai…

*Baju sedozen atau berbakul-bakul tidak geti-geti nak cuci

*Bilik aku bersepah dan berhabuk sebab lama tidak kemas

*Almari pun lintang pukang sudah susunannya

*Sudah makan lepas itu tidak geti-geti nak buang bekasnya dan cuci sudu


*Assigment or homework lecturer bagi banyak belum disiapkan
 
Cerita pasal assignment dan homework ni, entah macam mana aku macam jadi hilang ingatan minggu ini untuk ingat tugasan yang diberi. Tup-tup bila sudah dekat kelas dan di kala itulah aku baru nak buka file,buku dan barulah terperasan ada kerja yang perlu diselesaikan.Lepas ini aku kena updates board aku yang pinky ini (harap lawa je lebih tapi kosong) so aku tidak akan hilang ingatan and miss kerja  yang perlu di buat lagi.

Dan gara-gara aku lupa juga aku hampir kena marah sebab tidak siap pembetulan kuiz finance yang sepatutnya dihantar pada 4 Februari tepat pukul 12 tengahari. Bukannya sikit kena buat tapi setiap satu soalan yang salah perlu buat 10 times correction tau. So kalau aku dah salah 8 soalan, bayangkan berapa kali aku kena tulis. Berapa banyak kertas dan dakwat pen aku kena curahkan. Lenguh tangan menulis lepas tahu takut dan bersalah dan tumpuan kelas pada hari khamis itu agak terganggu kerana aku sibuk buat-buat fokus sambil jari -jemari pantas menulis.

markah yang sangat rendah : (


10 kali kena tulis benda yang sama

Lepas ini aku mesti target markah kuiz 70% keatas so nanti tidak payahlah berlenguh-lenguh lagi jemari ini dok menulis macam kelajuan mesin taip yang sedang bekerja. Dan mesti ambil serius lain kali agar ulangkaji dan bukannya membuta buat tahi mata kalau tahu nak kuiz atau test. (memang aku tidak baca time kuiz finance tempoh hari sebab kepenatan practice untuk pertandingan Program Siswa Niaga-PSN la) Markah kuiz finance aku ialah 57.5% atau betul 11 daripada 20 soalan. Hampir separuh salah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...