NUFF

Wednesday, February 10, 2010

Separuh Jiwaku Pergi

Kenapa mesti dia yang ditukarkan? Aku memang tidak berpuas hati dengan keputusan yang baru di terima. Tapi inilah dinamakan takdir. Takdir yang tertulis mengatakan dia hanya dipinjamkan sementara sahaja untuk beri tunjuk ajar.

Dia memang sangat sporting,mudah tersenyum,suka berjenaka tapi apa yang disampaikan mudah sahaja diterima dan jarang dahi aku berkerut dengar penjelasan dia. (fahamlah kononnya). Suara dia sudah cukup untuk buat aku tidak terus hanyut dibuai mimpi indah. Lantang dan jelas persis suara Ziana Zain.
ziana-zain
Kesanggupan dia untuk memberi kami menggunakan dapur bagi masak-masak untuk jamuan pun sudah aku kira sebagai sangat bertuah. Orang lain belum dapat lagi peluang begitu. Dia sememangnya lain dari yang lain. Sampai bila-bila pun tak akan ada yang sama seperti dia..

Mulai hari ini hinggalah penghujung nanti jaranglah aku akan berjumpa dengan dia. Sebab aku tahu dia banyak kerja. Dan aku juga ada perjuangan yang perlu diselesaikan bersama yang lain. Kedengaran pengarangan aku hari ini agak mengikut perasaan kerana aku agak kecewa la agakanya.

Dia,

Dia,

Dia,

Ratu dihati aku juga yang lain,

Dia

Dia

Dia

Tetap menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Terima Kasih,dan jangan lupakan aku serta yang lain.

Doa aku titipkan agar sentiasa dilindungi . Insyallah.

Dia…

Ye dialah,

Dia

Madam Suraya Binti Hj Bahar

I will miss you . : (

1 comment:

hajar noorlin said...

separuh jiwaku jua pergi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...