NUFF

Wednesday, February 3, 2010

Kesihatan Merosot

Banyak sangat fikir agaknya,tak tahu apa yang difikir persis kerja perdana menteri agaknya yang kena banyak sangat fikir kan.

Makan pun dah tak tentu waktu juga,on off on off je tapi tak juga nak kurus dan susut badan yang dah persis Queen Latifah cuma tak berdada tak berapa nak besar (ceh sengal je ayat ni).Tak boleh makan banyak sebab kan rasa sangat tidak selesa. Tak makan langsung pernah juga kerana tak lapar pun.


Sakit kepala semakin menjadi-jadi dan sangat tidak suka akan keadaan ini. Mengganggu tumpuan dan fokus di kelas akibatnya memang tak faham la apa di ajarin pensyarah dekat depan kan. Panadol dah berbiji-biji kena telan tapi kemujurabannya tak terserlah lagi dan mendatangkan kerisauan yang mendalam.

Dari segi emosi je yang agak stabil kerana belum nak terjejas lagi di awal-awal tahun ni. Dan berharap akan terus berkekalan so aku tak kan dapat penyakit itu lagi.

Tapi rasa bersyukur sebabnya masih ada orang yang selalu pesan makan ubat dan rehat la. Thanks sangat. Simple words tapi sangat bermakna buat orang macam aku ni.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...