NUFF

Thursday, August 5, 2010

PERCAYA & YAKIN DIRI

Aku ada terbaca satu cerita tauladan dan teladanilah.
Aku nak kongsi dan baca2 bacalah ye.


Tersebutlah sebuah alkisah..
Tatkala Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia di beritahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.

"Mengapa kasut itu terlalu istimewa?"
"Siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia," jawab seorang pengikutnya.
Kalau demikian bawa aku ke sana!"

Sebaik tiba di kuil itu,Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu,tiba-tiba Iskandar terus mancabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotongnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai.

"Nah sekarang aku akan menakluki dunia!"

Semua orang disekelilingnya terkejut.Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu,semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Dan terbukti beberapa tahun kemudian Iskadar berjaya menakluki dunia!

Pengajaran: Percaya dan yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Dan amereka selalunya mampu untuk berfikir "di luar kotak" bagi menangani sesuatu cabaran.

5 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Saya Setuju..... Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan... mcm af plak....

gabanMorka said...

betol ke cte ni?inspire tol aku

NADDY YAYA said...

aku pn nk pinjam cara pemikiran dan semangat dier gak oo

Tapak Kaki said...

susah jugak nak berpikir di luar kota pemikiran ni..apa-apa pun kena cuba dulu kan.. betol sik kamek padah?hehe

NADDY YAYA said...

kali uak,opinion masing2 laen2 bah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...