NUFF

Wednesday, March 24, 2010

TIP CINTA 2

Macam biasa aku akan membelek-belek majalah dan dapat info baru dan entry kali ini aku namakan TIP CINTA 2 (bahagian kedua) bahagian pertama di pos pada 3 Februari yang lalu. So mari kita sama-sama sharing okay.


Sayangi si dia dengan hati bukan perasaan
Jika mahu  meletakkan sesuatu perhubungan maka biarlah berdasarkan hati dan bukan perasaan sebabnya perasaan boleh berubah-rubah.

Sayangi si dia sepenuh hati
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih yang terbaik dirasakan.Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Sayangi si dia seadanya
Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali bila diubah, selamanya akan terus mengubah dirinya. Tentu masih teringat,bagaimana terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Yakinkan diri akan keistimewaan si dia
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak kali pertama terpikat padanya.

Hormati pendirian dan keputusan si dia
Janganlah merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kerana kelak, yang hanya akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. 


Percaya akan si dia
Sentiasa bersangka baik padanya jika mahukan sebegitu darinya. Pastikan sentiasa meletakkan diri di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Bercinta dengan si dia adalah seperti memberi hati 
Ini bermaksud sedia untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepada si dia nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya
Ini adalah kerana selama-lamanya mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk kalian berdua.

Jangan sesekali meninggalkan si dia tanpa sebarang alasan
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga diri jika dapat memenangi hati si dia
Bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak diperolehi setelah berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, si dia memilih anda adalah kerana si dia mempercayai kejujuran dan akan ketepatan janji yang dibuat.Jika telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cinta si dia  maka dengan itu haruslah juga berusaha untuk terus menyintai diri si dia dengan apa jua keadaan sekalipun.

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

Aku suka gambar pertama, tak tau kenapa...

Naddy Yaya said...

yup me too,like itn wish ada body cam model ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...