NUFF

Sunday, October 3, 2010

Welcome October

Salam.
Alhamdulilah aku masih diberi nafas dari Yang Esa sehingga kini.
Perihal oktober,aku mulakan dengan kisah jalan-jalan aku.

Kalau dihitung tahun ini kerap kali aku pergi berjalan ke tempat orang.
Duit banyaklah habis (baru aku sedar) tapi aku dapat banyaklah pengalaman baru.
Itu yang penting. Duit itu boleh dicari.

Terima kasihlah kepada rakan sekelas aku Nurul Shahida dan Nursyazwani.Mereka berdua telah jemput aku datang beraya dan makan-makan pada semalan dan hari ini.Sedap masakan mak korang. Aku kenyang. Kenyang yang teramat sampai perut aku berada dalam tahap tegang macam nak pecah dah. Nasiblah rumah korang dekat Johor dekatlah juga nak pergi.
Insyallahlah saru hari nanti giliran koranglah datang beraya dekat rumah aku nun di Kuching. : ) Jemputlah.

Bulan syawal akan berlalu dalam masa beberapa hari lagi dan aku rasa seronok pada syawal kali ini walaupun aku tidak berhari raya dengan keluarga dan sanak-saudara buat pertama kalinya. Cewah rasa macam perantau je bunyi ayat. Saja aku mahu cuba kelainan mahu beraya dengan kawan-kawan. Keluarga aku terutama mama,mestilah bising tapi macam dia tak tahu perangai anak kepala batu dia ni. Pada aku selagi mak (panggilan aku untuk nenek) tak kata apa aku rasa lega. Mama je over bising. He he . Sorry mama.

Oleh kerana aku sudah lama tidak berblog dan membuat entry raya seperti mana orang lain buat makanya aku cuma cerita pengalaman raya aku pada kali ini. Kalau orang lain hari pertama dah rajin-rajin dok upload gambar raya masing dekat facebook, yang buat entry dekat blog masing tentang raya aku macam biasa sahaja. Siapalah aku nak kongsi-kongsi bukan ada orang nak ambil tahu. Aku pun bukan pernah bergambar satu keluarga dengan pakaian sedondon ketika raya. Aku kena pandai bawa diri sendiri dan menggembirakan diri aku sendiri dan yang penting aku wish semua orang yang rapat dan aku kenal time raya sudah memadai. Dan paling penting bermaafan. Aku kan sederhana orangnya.

Oh sebelum aku terlupa aku pun nak ucapkan terima kasih banyak dekat Najihah Kardi dan ahli keluarga serta sanak-saudara dia yang sudi menerima kehadiran aku untuk beraya bersama-sama. Semua mereka  tanya kenapa tidak pulang raya. Aku punya alasan sendiri. Maaf tidak memberitahu lebih detail. Apa-apa pun keluarga Jia memang happeninglah. Aku takkan lupa kenangan dan budi korang.

Habis semua cerita raya aku. Yang lain biar tersimpan dalam ingatan aku. ( letih nak taip,nanti kalau aku dah bercerita sampai tahun depan pun tak habis) Dan sekarang aku perlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghabiskan pembelajaran aku di kolej yang berbaki lebih kurang 55 hari lah. Aku perlu kerah tenaga dan otak aku untuk siapkan semua assigment,dan bersiap sedia untuk menghadapi Final Exam.Tiba-tiba rasa sedih pula dah nak habis belajar. Aku ni bukan jenis pelajar suka ponteng dan suka sangat pergi belajar,bukan apa dah hidup dalam kesepian dari kecik-kecik mau tak aku rajin pergi sekolah dulu. Nak jumpa kawan dan belajar benda baru. : )

Aku baru teringan aku lupa beli sabun basuh baju dan Ribena. Aduh gimana ni dong. Ha ha
(tiba-tiba je masik cerita ni)
Apa-apa pun aku sangat enjoy sekitar cuti minggu ni dan aku akan rajin updates blog ni kerana aku tahu Mbok suka baca. He he ( mbok, IM BACK)

2 comments:

::FAIZ:: said...

ko suka minum rebina?

BILLIONAIRE TALK said...

a ah ler.
sayer an kanak-kanak ribena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...