Mari lapangkan minda dan berfikir sejenak. : )
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati jika anda seorang gemuk, seorang yang tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan sifatnya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan dan mempertikaikan itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggaplah ini satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang yang anda anggap sempurna atau cantik.
Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi kehingan kecanikan apabila dimamah usia pasti akan tiba, bagaimanakah orang yang dikenali cantik itu mahu bersedia menerima keadaan ini kelak.Pasti ada saja yang tidak kena.
Kesimpulannya,hargailah stiap pemberian Allah kerana setiap kejadian yang terlihat pada diri kita sekarang ini ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. : )
1 comment:
iklan tv ckp, kecantikan adalah hak milik setiap insan
Post a Comment