NUFF

Tuesday, October 5, 2010

TAKE NOTES

Kurang lebih 3 minggu lagi aku nak hadapi FINAL EXAM. Tatlaka aku buat entry ni aku tengah taip assigment sebenarnya. Tapi oleh kerana aku sudah kehabisan idea mahu menaip bait-bait ayat makanya aku pun melencong kejap ke blog. : ) Macam iklan Kit Kat tu, have a break,have a Kit Kit. Betul ke apa yang aku taip ni? Hentam sajalah.

Ni adalah peringatan pada diri aku sendiri untuk menyiapkan tugasan yang berlambak ni hah. Aku cubalah. Aku memang pemalas dan suka sangat buat kerja saat-saat akhir. Sedarlah Nadia oii. ; ( 

Tajuk Assignment:

PENGAJIAN MALAYSIA
" Bincangkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku bermula tahun 1948 sehingga membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 "

ACCOUNTING THEORY & PRACTICE
" The collapse of Authur Andersen "

FINANCIAL ACCOUNTING 
" A simple analysis to group companies in Malaysia "

AUDIT
" Internal Control"

ENTREPRENEURSHIP
" Business Plan: Naddy Yaya's Kitchen "

Nah tu dia assignment aku. Cuma subject Taxation sahaja yang belum dapat lagi. Lepas kena siapkan sesi taip menaip lepas itu kena bentangkan pula. Huhu Ya Allah Ya tuhan ku berilah hamba Mu ini kesihatan,dan kekuatan untuk siapkan semua kerja-kerja ini.

Okay,cukup tentang cerita assignment aku. Aku tak la rasa tertekan sangat cuma sedikit cuak je. Cuak kenapa? Takut tak siap. Ha ha . Oh ya hari ini buat kali ketiganya aku dan rakan-rakan se-kos untuk batch akulah,kena pergi dengar CIMA talk. Mulanya agak tidak suka bila dapat arahan begitu tetapi ternyata Talk pada kali ini sedikit berbeza, dimana pihak kolej membawakan seorang yang berjaya dalam bidangnya untuk dijadikan inspirasi.

Time dia datang parking kereta dekat sebelah dewan kuliah sudah cukup buat aku dan rakan-rakan kat " Wah" Aku tak sure kereta itu jenis dan apa nama dia,yang penting aku tahu harganya sangat mahal. Siapa sangka pelajar yang biasa-biasa dan tak tahu langsung pasal akaun (kata dia) pada mulanya boleh kecapi kejayaan begini. Dan aku pasti semua orang dalam dewan kuliah tadi turut berangan mahu jadi macam dia. 
Tapi bak kata orang,ukur baju di badan sendiri. Yang penting kita semua tahu tahap kita. Dan untuk ambil CIMA atau ACCA course bukanlah perkara main-main dan perlu diambil serius. All the best to you all semua.

Sebelum aku terlupa, terima kasih lah kepada pengarah kolej kerana sudi jemput aku dan rakan-rakan untuk makan masa jamuan ringan selepas Talk tadi. Aku seronok sangat dapat makan kuih cucur badak yang aku teringin sangat nak makan sejak dari bulan Ramadhan tempoh hari. Akhirnya tercapai juga. : )

Terpaksa mengakhiri penaipan blog untuk entry ni sebab aku nak bersiap-siap pergi perjumpaan/meeting AJK asrama. Tak boleh hanta wakil,aku ketua aras kena juga la pergi.Pasal apa agaknya ye.

2 comments:

::FAIZ:: said...

good luck

Unknown said...

ada orang kata buat keje last minit memang afdal.. :D
kuman "kopi..." Entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...