Macam biasa aku akan membelek-belek majalah dan dapat info baru dan entry kali ini aku namakan TIP CINTA 2 (bahagian kedua) bahagian pertama di pos pada 3 Februari yang lalu. So mari kita sama-sama sharing okay.
Sayangi si dia dengan hati bukan perasaan
Jika mahu meletakkan sesuatu perhubungan maka biarlah berdasarkan hati dan bukan perasaan sebabnya perasaan boleh berubah-rubah.
Sayangi si dia sepenuh
hati
Sesungguhnya dia telah
banyak berkorban. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang
untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih yang terbaik dirasakan.Maka, jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan
keluhuran cintanya.
Sayangi si dia seadanya
Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan
sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali bila diubah, selamanya akan terus mengubah dirinya. Tentu masih teringat,bagaimana terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan
untuk mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
Yakinkan diri akan keistimewaan
si dia
Dia adalah satu-satunya di
dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia
telah pun cukup sempurna semenjak kali pertama terpikat padanya.
Hormati pendirian dan keputusan si dia
Janganlah merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima cinta kerana kelak, yang hanya akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
Percaya akan si dia
Sentiasa bersangka baik padanya jika
mahukan sebegitu darinya. Pastikan sentiasa meletakkan diri di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika sendiri tidak
dapat menerimanya, apatah lagi dia.
Bercinta dengan si dia adalah
seperti memberi hati
Ini bermaksud sedia untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepada si dia nescaya
dia
akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya
Ini adalah kerana
selama-lamanya mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah
hari yang terakhir untuk kalian berdua.
Jangan sesekali meninggalkan si dia tanpa sebarang alasan
Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
Jangan cepat berbangga diri jika dapat memenangi hati si dia
Bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak diperolehi
setelah berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah,
si dia memilih anda adalah kerana si dia mempercayai kejujuran dan akan ketepatan janji yang dibuat.Jika telah bersusah payah dan
berusaha sedaya upaya untuk memenangi cinta si dia maka dengan itu haruslah
juga berusaha untuk terus menyintai diri si dia dengan apa jua keadaan
sekalipun.
2 comments:
Aku suka gambar pertama, tak tau kenapa...
yup me too,like itn wish ada body cam model ni
Post a Comment