Tarikh: 12 Mac 2010
Masa: Sekitar jam 11 p.m to 2 p.m
Tempat: Bilik B-G-02 (kepunyaan Esah,Miera,Peah & Fariha)
Object: My Name Is Khan
Penonton: Esah,Miera,Peah,Friha,Hueda,Niera,Ella,Arina,Pika,Aku.
Pada tarikh inilah satu project antara budak perempuan yang teruja akan si Khan menjalankan aktiviti.Kami membuka warung kopi (walaupun tidak minum kopi) dengan hanya menawarkan perkhidmatan makanan Roti bakar dengan pilihan jam Grape dan Coco dan air mineral. Cool. Sangat sedap tahu.
*Thanks to Madam Su sebab bagi pinjam Pembakar Roti.
Berbalik dengan cerita si Khan, Ye dia sangat kacak bagi akulah walaupun sudah dimamah usia sedikit.
SHAH RUKH KHAN
Anda pasti pernah mendengar nama ini melainkan anda ialah orang Planet Marikh sebabnya confirm tidak kenal dia, Dibawah ini adalah wajah si khan yang aku maksudkan.
Sudah kenal? Bagus inilah dia Khan itu. Tapi aku bukan mahu bercerita tentang kisah hidupnya kerana mesti korang pun tidak berapa minat mahu tahu yelah pelakon Hindustan yang mana kalau sebut dekat sesetengah orang mesti dia akan gelak dan kata dengan muka berlagak pula tu "Ek eleh ape kelas layan Hindustan" Okay thanks dan ada aku kisah?
Aku sangat suka gambar ini. Sebab nampak cool tapi yang paling penting look at his cloths tu.. : P (aku buat muka gatal) ye lubang-lubang gitu..hahahaha (gelak persis Sin Chan time dia skodeng skirt perempuan sambil pipi merah)
Habis tentang pelakon ini. Now aku mahu bagitahu tentang filem dia yang terbaru tapi bukan keluar tahun ini. Last year rasanya. Tapi bagi aku yang terbaru dari si Khan ini.
MY NAME IS KHAN
Inilah tajuk movienya. So kepada rakan-rakan ku biarlah aku bercerita sedikit kenapa aku sangat teruja nak pulish tentang cerita ini dekat blog aku. Aku bagi 5 bintang untuk filem ini. : ) (full bintang sekali bagi)
Aduh..sangat kacak (oppss sorry terkesima sebentar) Menyibuk sahaja ada jalur-jalur dekat muka dia. (dekat belakang itu bendera Amerika)
Sinopsis kisah ini,berkisar tentang seorang Islam yang menjalani kehidupan di Amerika bersama adiknya selepas kematian ibu tercinta. Menariknya dia ini tergolong dalam sedikit OKU tapi bukan cacat anggota (tidak handsome pula nampak) tapi punya penyakit macam ala-ala terencat tapi bukan tahap ekstrem. Aku lupa pula nama penyakitnya. Aku tidak pernah dengar.
Tapi sindrom pelik yang dia ada ekoran penyakitnya itu ialah dia tidak boleh melihat warna kuning dan mendengar bunyi bising event oarang tercakap kuat dengan dia sudah dikira bising bagi si Khan ini. Tapi oleh kerana dia penyakit itu juga buat dia cerdik dan sangat polos atau senang cerita lurus bendul a.k.a always fikir positif dan baik tentang orang lain. Menarik bukan? Sangat pandai dan berkesan lakonan si Shah Rukh Khan.
Isu yang di utarakan dalam filem ini ialah mengenai perkahwinan berlainan agama,tentang hak sesuatu bangsa dan agama dalam sesebuah negara,nilai kemanusiaan dan kasih sayang.
Antara babak menarik ialah...
- Ketika si Khan jatuh cinta pada seorang wanita pemilik salon yang akhirnya menjadi isterinya yang dilakonkan oleh Kajol.
- Ketika konflik antara Khan dan adiknya yang marah dan memutuskan persaudaraan kerana si Khan mahu mengahwini seorang yang beragama Hindu.
- Ketika serangan pengganas keatas bangunan Amerika (peristiwa 11 September) dimana selepas itu semua pandangan orang di Amerika pada orang Islam adalah negatif.
- Ketika orang Islam ditindas,dihina,dibelasah selepas serangan itu. Keluarga Khan pula turut terkena tempias.Kajol kehilangan salon dan Khan susah mendapat kerja. Adik ipar Khan ditarik tudungnya hingga tercabut ketika tengah jalan dan selepas itu tidak boileh bertudung.
- Ketika anak pasangan Khan mati gara-gara dibelasah rakan sekolah ketika cuba berdamai dengan rakan baiknya dan yang sedihnya mayatnya dibiarkan begitu sahaja dan Kajol telah tersalah anggap bahawa anaknya mati hanya kerana nama anaknya telah di tambah Khan.
- Ketika Kajol marah si Khan dan menyalahkan kematian anaknya dan kehilangan salon serta ketenangan hidup dikecapi yang hilang selepas berkahwin dengan Khan seorang orang Islam.
- Ketika Shah Rukh Khan dalam perjalanan berjumpa presiden Amerika kerana telah dicabar isterinya hanya untuk memberitahu "My name is Khan,and im not a terrorist"
- Ketika dia bersusah payah mencari wang saku dalam perjalanan untuk berjumpa presiden dimana dia ditakdirkan berjumpa dengan orang negro yang beragama Kristian yang banyak membantunya.
- Ketika dia ditangkap oleh FBI kerana menyangka dia pengganas gara-gara tersebut perkataan terrorist. Dia di seksa dan dipaksa untuk mengaku tapi disini kekuatan seorang Islam ditunjukkan iaitu dapat menghadapi apa jua rintangan dan teguh iman.
- Babak kemuncaknya,Khan dilepaskan kerana didapati tidak bersalah dibantu oleh 2 oarang wartawan yang akhirnya membuatkan dia popular dan kesanggupan dia mengharungi puting beliung dan ribut Katrina untuk menyelamatkan orang negro yang membantunya ketika dia susah yang akhirnya mendapat liputan meluas media dan isterinya terharu dan meminta maaf dan endingnya tuan presiden telah berjumpa dengannya.
Anda semua patut tengok cerita ini. Banyak pengajaran dan jangan risau rasanya ini filem Hindustan yang tidak ada nyanyi lari-lari dibukit,taman bunga dan sebagainya. Percayalah.
Tahniahlah to director filem ini KARAN JOHAR. Anda berjaya buat saya rasa tersentuh dan mengeluarkan air mata (walaupun cuba dicover dari keluar) Dia punya talk show saya suka sangat,sempoi. COFFEE WITH KARAN.
KARAN JOHAR
Filem dia memang selalu best-best. : )
Filem dia memang selalu best-best. : )
*Pesanan kepada my Management Acconting lecturer, Mr Safuan, Sir layan lah cerita Hindi pula especially cerita ini. Sumpah best. Ala-ala cerita Crash yang Sir cakap tu. : )
No comments:
Post a Comment