NUFF

Saturday, March 13, 2010

Kenapa dengan Blog?

Tiba-tiba isu mengenai blog dan facebook di utarakan di kolej aku. Mungkin gara-gara peningkatan ahli facebook yang bertambah dari kalangan pelajar kolej.Huh..mesti rasa macam sedikit terganggu.

Aku juga sudah jarang berkunjung ke laman facebook gara-gara pelbagai kisah yang mendukakan terjadi di situ lewat minggu yang sudah.Sangat menyentap perasaan aku. Aku kena marah gara-gara membuat entry dan komen kepada kawan si dia. Begitu juga album foto aku yang menyebabkan ada orang bermasam muka.

Aku tidak berniat pun mahu mengakibatkan segala kecelakaan yang terjadi. Sungguh. ( _ _‘) Aku bertujuan baik,suka-suka dan aku rasa perlu. Tapi tidak sangka kalian memandangnya dari sudut negatif.

Perihal blog pula,tiba-tiba Farid sebut-sebut mengenai isi kandungan blog aku yang bertajuk program peer DIA tempoh hari. Kenapa dengan cerita itu? Ada masalah? Aku tidak berniat mahu menyinggung sesiapa okay.Tidak settle-settle lagi perihal cerita-cerita program itu?

Pak Lan menyebut nama blog aku..Naddy Yaya. Aku kaget dan terkejut. Adakah Pak Lan sudah sampai ke laman blog ku yang tidak seberapa ini? Tapi,tiada apa yang menarik pun di blog aku ini. Cuma kisah aku sehari-hari yang membosankan aku rasa. Bukan sehebat kisah di blog Hanis Zalikha. ;(

Tapi ada blog juga bagus. Bukan mahu suruh orang lain membaca tapi sekadar mahu meluahkan sesuatu yang bermain difikiran aku. Aku bukannya punya teman rapat yang sebetulnya faham aku disini maka aku coretkan di blog ini.

3 comments:

Reading Review said...

Nope, don't get wrong, your blog is nice. I am just investigating the case. Your blog really help me. thanks

Reading Review said...

Nope, don't get wrong, your blog is nice. I am just inevstigating the case. Your blog really help me. thanks

BILLIONAIRE TALK said...

owh ye ke thanks bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...