Tiba-tiba isu mengenai blog dan facebook di
utarakan di kolej aku. Mungkin gara-gara peningkatan ahli facebook yang
bertambah dari kalangan pelajar kolej.Huh..mesti rasa macam sedikit terganggu.
Aku juga sudah jarang berkunjung ke laman facebook
gara-gara pelbagai kisah yang mendukakan terjadi di situ lewat minggu yang
sudah.Sangat menyentap perasaan aku. Aku kena marah gara-gara membuat entry
dan komen kepada kawan si dia. Begitu juga album foto aku yang menyebabkan ada
orang bermasam muka.
Aku tidak berniat pun mahu mengakibatkan segala
kecelakaan yang terjadi. Sungguh. ( _ _‘) Aku bertujuan baik,suka-suka dan aku
rasa perlu. Tapi tidak sangka kalian memandangnya dari sudut negatif.
Perihal blog pula,tiba-tiba Farid sebut-sebut
mengenai isi kandungan blog aku yang bertajuk program peer DIA tempoh hari.
Kenapa dengan cerita itu? Ada
masalah? Aku tidak berniat mahu menyinggung sesiapa okay.Tidak settle-settle
lagi perihal cerita-cerita program itu?
Pak Lan menyebut nama blog aku..Naddy Yaya. Aku
kaget dan terkejut. Adakah Pak Lan sudah sampai ke laman blog ku yang tidak
seberapa ini? Tapi,tiada apa yang menarik pun di blog aku ini. Cuma kisah aku
sehari-hari yang membosankan aku rasa. Bukan sehebat kisah di blog Hanis
Zalikha. ;(
Tapi ada blog juga bagus. Bukan mahu suruh orang
lain membaca tapi sekadar mahu meluahkan sesuatu yang bermain difikiran aku.
Aku bukannya punya teman rapat yang sebetulnya faham aku disini maka aku
coretkan di blog ini.
3 comments:
Nope, don't get wrong, your blog is nice. I am just investigating the case. Your blog really help me. thanks
Nope, don't get wrong, your blog is nice. I am just inevstigating the case. Your blog really help me. thanks
owh ye ke thanks bro..
Post a Comment