NUFF

Tuesday, October 5, 2010

TAKE NOTES

Kurang lebih 3 minggu lagi aku nak hadapi FINAL EXAM. Tatlaka aku buat entry ni aku tengah taip assigment sebenarnya. Tapi oleh kerana aku sudah kehabisan idea mahu menaip bait-bait ayat makanya aku pun melencong kejap ke blog. : ) Macam iklan Kit Kat tu, have a break,have a Kit Kit. Betul ke apa yang aku taip ni? Hentam sajalah.

Ni adalah peringatan pada diri aku sendiri untuk menyiapkan tugasan yang berlambak ni hah. Aku cubalah. Aku memang pemalas dan suka sangat buat kerja saat-saat akhir. Sedarlah Nadia oii. ; ( 

Tajuk Assignment:

PENGAJIAN MALAYSIA
" Bincangkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku bermula tahun 1948 sehingga membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 "

ACCOUNTING THEORY & PRACTICE
" The collapse of Authur Andersen "

FINANCIAL ACCOUNTING 
" A simple analysis to group companies in Malaysia "

AUDIT
" Internal Control"

ENTREPRENEURSHIP
" Business Plan: Naddy Yaya's Kitchen "

Nah tu dia assignment aku. Cuma subject Taxation sahaja yang belum dapat lagi. Lepas kena siapkan sesi taip menaip lepas itu kena bentangkan pula. Huhu Ya Allah Ya tuhan ku berilah hamba Mu ini kesihatan,dan kekuatan untuk siapkan semua kerja-kerja ini.

Okay,cukup tentang cerita assignment aku. Aku tak la rasa tertekan sangat cuma sedikit cuak je. Cuak kenapa? Takut tak siap. Ha ha . Oh ya hari ini buat kali ketiganya aku dan rakan-rakan se-kos untuk batch akulah,kena pergi dengar CIMA talk. Mulanya agak tidak suka bila dapat arahan begitu tetapi ternyata Talk pada kali ini sedikit berbeza, dimana pihak kolej membawakan seorang yang berjaya dalam bidangnya untuk dijadikan inspirasi.

Time dia datang parking kereta dekat sebelah dewan kuliah sudah cukup buat aku dan rakan-rakan kat " Wah" Aku tak sure kereta itu jenis dan apa nama dia,yang penting aku tahu harganya sangat mahal. Siapa sangka pelajar yang biasa-biasa dan tak tahu langsung pasal akaun (kata dia) pada mulanya boleh kecapi kejayaan begini. Dan aku pasti semua orang dalam dewan kuliah tadi turut berangan mahu jadi macam dia. 
Tapi bak kata orang,ukur baju di badan sendiri. Yang penting kita semua tahu tahap kita. Dan untuk ambil CIMA atau ACCA course bukanlah perkara main-main dan perlu diambil serius. All the best to you all semua.

Sebelum aku terlupa, terima kasih lah kepada pengarah kolej kerana sudi jemput aku dan rakan-rakan untuk makan masa jamuan ringan selepas Talk tadi. Aku seronok sangat dapat makan kuih cucur badak yang aku teringin sangat nak makan sejak dari bulan Ramadhan tempoh hari. Akhirnya tercapai juga. : )

Terpaksa mengakhiri penaipan blog untuk entry ni sebab aku nak bersiap-siap pergi perjumpaan/meeting AJK asrama. Tak boleh hanta wakil,aku ketua aras kena juga la pergi.Pasal apa agaknya ye.

Sunday, October 3, 2010

Welcome October

Salam.
Alhamdulilah aku masih diberi nafas dari Yang Esa sehingga kini.
Perihal oktober,aku mulakan dengan kisah jalan-jalan aku.

Kalau dihitung tahun ini kerap kali aku pergi berjalan ke tempat orang.
Duit banyaklah habis (baru aku sedar) tapi aku dapat banyaklah pengalaman baru.
Itu yang penting. Duit itu boleh dicari.

Terima kasihlah kepada rakan sekelas aku Nurul Shahida dan Nursyazwani.Mereka berdua telah jemput aku datang beraya dan makan-makan pada semalan dan hari ini.Sedap masakan mak korang. Aku kenyang. Kenyang yang teramat sampai perut aku berada dalam tahap tegang macam nak pecah dah. Nasiblah rumah korang dekat Johor dekatlah juga nak pergi.
Insyallahlah saru hari nanti giliran koranglah datang beraya dekat rumah aku nun di Kuching. : ) Jemputlah.

Bulan syawal akan berlalu dalam masa beberapa hari lagi dan aku rasa seronok pada syawal kali ini walaupun aku tidak berhari raya dengan keluarga dan sanak-saudara buat pertama kalinya. Cewah rasa macam perantau je bunyi ayat. Saja aku mahu cuba kelainan mahu beraya dengan kawan-kawan. Keluarga aku terutama mama,mestilah bising tapi macam dia tak tahu perangai anak kepala batu dia ni. Pada aku selagi mak (panggilan aku untuk nenek) tak kata apa aku rasa lega. Mama je over bising. He he . Sorry mama.

Oleh kerana aku sudah lama tidak berblog dan membuat entry raya seperti mana orang lain buat makanya aku cuma cerita pengalaman raya aku pada kali ini. Kalau orang lain hari pertama dah rajin-rajin dok upload gambar raya masing dekat facebook, yang buat entry dekat blog masing tentang raya aku macam biasa sahaja. Siapalah aku nak kongsi-kongsi bukan ada orang nak ambil tahu. Aku pun bukan pernah bergambar satu keluarga dengan pakaian sedondon ketika raya. Aku kena pandai bawa diri sendiri dan menggembirakan diri aku sendiri dan yang penting aku wish semua orang yang rapat dan aku kenal time raya sudah memadai. Dan paling penting bermaafan. Aku kan sederhana orangnya.

Oh sebelum aku terlupa aku pun nak ucapkan terima kasih banyak dekat Najihah Kardi dan ahli keluarga serta sanak-saudara dia yang sudi menerima kehadiran aku untuk beraya bersama-sama. Semua mereka  tanya kenapa tidak pulang raya. Aku punya alasan sendiri. Maaf tidak memberitahu lebih detail. Apa-apa pun keluarga Jia memang happeninglah. Aku takkan lupa kenangan dan budi korang.

Habis semua cerita raya aku. Yang lain biar tersimpan dalam ingatan aku. ( letih nak taip,nanti kalau aku dah bercerita sampai tahun depan pun tak habis) Dan sekarang aku perlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghabiskan pembelajaran aku di kolej yang berbaki lebih kurang 55 hari lah. Aku perlu kerah tenaga dan otak aku untuk siapkan semua assigment,dan bersiap sedia untuk menghadapi Final Exam.Tiba-tiba rasa sedih pula dah nak habis belajar. Aku ni bukan jenis pelajar suka ponteng dan suka sangat pergi belajar,bukan apa dah hidup dalam kesepian dari kecik-kecik mau tak aku rajin pergi sekolah dulu. Nak jumpa kawan dan belajar benda baru. : )

Aku baru teringan aku lupa beli sabun basuh baju dan Ribena. Aduh gimana ni dong. Ha ha
(tiba-tiba je masik cerita ni)
Apa-apa pun aku sangat enjoy sekitar cuti minggu ni dan aku akan rajin updates blog ni kerana aku tahu Mbok suka baca. He he ( mbok, IM BACK)

Thursday, September 23, 2010

Tempat Pratikal

Aku sedikit risau.
Aku rasa macam malas sudah mahu mencari
Aku rasa putus asa mahu hantar resume.

Hmmmmm...
Tapi tadi aku sudah terima surat penerimaan
Dengan rambut kusut masai.
Tekak masih bersisa keperitan.
Telefon bimbit mendapat panggilan tidak berjawab.
Dan aku terima berita itu.
Tapi bukanlah tempat yang aku harapkan itu.

Takut tolak ,payah pula dapat lagi.
Aku gembira tapi bingung.
Dari aku tidur lepas makan ubat demam,ubat batuk,dan macam-macam ubat.
Terus aku jadi segar bugar dek berita yang aku terima itu.
Langsung buka laptop dan online.
Sedangkan aku tak tahu apa motif aku buat macam tu.

Siapa boleh tolongggggg nie.
; (

TIADA DALAM SERUAN

Tajuk entry macam tajuk drama
Sangat lama aku tidak menaip di sini
Bukan sebab tiada mood,tiada idea atau tiada benda mahu di kongsi
cuma rasa ada sedikit terkilan agaknya.

Secara mendalam sebabnya biarlah aku sendiri yang tahu.
Benda yang berlalu dan sudah lepas tidak perlulah dikenangkan lagi.
Yang penting aku bukan lagi kaki online dan aku telah berjaya atasinya
yeahhhhhhh, : )

Tapi masalah tidur tetap tidak dapat diatasi lagi.
Lama-lama nanti mata aku boleh nampak cengkung.
Tak nak!

Cerita baru.
Lembaran baru.
Aku akan buat lepas ini.

Ada ke orang yang baca setiap kali aku post something dekat blog ni?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...