NUFF

Tuesday, October 19, 2010

TELUR-TELUR COMEL

Aku tak boleh tidur. Jadinya aku pun duduk saje2 depan komputer riba,lepas itu muat turun gambar-gambar telur comel ni.Mimik-mimik yang dilukis dekat telur-telur ni macam rupa akulah dalam pelbagai situasi. hahaha Paling ketara ialah mimik keseluruhan gambar-gambar telur ni, macam aku yang tak suka senyum,muka serius macam nak makan orang walaupun sesungguhnya aku tak pernah makan orang,dan paling penting suka sangat sakat orang (bergurau senda ye kawan-kawan) aku memang kaki sakat dan boleh di anggap sebagai penyakat terunggul dikalangan kawan-kawan. hehehe : ) 

(macam inilah muka aku bila kacau kawan-kawan; tiada rasa bersalah langsung)

Tapi aku tak berniat nak menyakitkan hati kawan-kawan aku pun. Aku hanya suka-suka. Mungkin sebab aku tiada adik-beradik lain menyebabkan aku suka  menyakat hehe. Jahatnya aku. Umur dah tua, tapi perangai macam kanak-kanak ribena umur 6 tahun. Apapun kepada semua kawan-kawan, diharap anda semua dapat bersabarlah dengan perangai penyakat ini. Terima kasih. Mungkin aku kasar,tapi hati aku lembut dan tak pandai nak tunjuk kelembutan dan kasih sayang itu.

(macam inilah gaya bila aku manja-manja dengan kawan-kawan)


(macam inilah  mimik muka aku bila gelak,tersengih dan bengang)

(macam inilah muka aku cuak bila orang yang aku kacau nangis atau tercedera)

(macam inilah muka aku ketika prihatin atau nangis)

(macam nilah mimik muka aku dalam keadaan takut dan gelisah)

(macam inilah muka aku marah pada sesiapa yang kacau tak tentu pasal kawan-kawan aku)

Aku saja nak kaitkan telur ni dengan mimik muka aku. Hehe (tak ada kiatan langsungkan) Dan aku nak bagitahu aku sebenarnya suka makan telur tapi sudah semestinya bukan telur mentah. Dan aku pernah cuba sekali makan telur mentah bercampur madu dan lada hitam tak silap. Memang superblah aku cakap rasa dia. Rasa nak terkeluar balik. hehe Tapi aku tak akan makan lagi mentah-mentah. Itu dulu terpaksa makan sebab silat la. Huhuhu

p/s: makan telur tak boleh lebih 2 biji seminggu cikgu aku cakaplah. Sebabnya kolestrol dia tinggi.

Wednesday, October 13, 2010

I LOVE MALAYSIA

This is about Malaysian Anecdotes : )


Salina was on a plane, bound for Tokyo. Salina sat beside a young Japanese mother who was with her young daughter. The girl was about 6 years old. She was busy talking in Japanese to the girl who seemed unhappy about something.


She told Salina that she had been in Malaysia for the past 3 years as her husband is a Japanese expatriate with a company in Malaysia. That was their first trip back to Japan. Her daughter was unhappy to go back to Tokyo. She wanted to be in Malaysia.

Then,after speaking further to the grumbling child, the girl said in Malay," Saya sayang Malaysia! Saya tidak mahu pulang ke Japan!" which means, " I love Malaysia! I don't want to go back to Japan!"

Salina smiled when the lady sheepishly said, " See what Malaysia has done to my daughter?" And after a while, she continued, " Me too!" I love everything about Malaysia especially the food! Oh, how I love 'asam pedas' and 'sambal belacan!'

p/s: proud to be malaysian k!

: )

Tuesday, October 12, 2010

INI BARU HEBAT

Best tak tengok makanan dok gerak-gerak ek? hehe.. Saja je letak nak buat orang lapar dan terliur. Tapi sebelum korang rasa begitu aku memang dah terliur dan lapar yang teramat. Oleh kerana mata tak boleh nak tidur makanya perut aku jadi lapar. Untuk hilangkan lapar aku letak la post ni buat kali kedua.So ni lah penyakit aku bila lapar. Akan letak entry gambar makanan dan walaupun tak dapat makan tengok gambar pun jadilah. huhu : )
    
 
LAPAR!
LAPAR!
LAPAR!


: (


Tak de orang ke nak belanja ni weh huhu ...tak sabar nak cuti then boleh outing dan makan sedap-sedap lagi! Aku bab makan memang tak kedekut dan suka cuba dan cari tempat makan baru yang rasa-rasa ada makanan sedap je. Tak sedap tak nak g. Haha demand seyh Orang sawak kata ngegeh aku ni. Mean mengada.(memang pun)

MENGHARGAI DAN DIHARGAI

Mari lapangkan minda dan berfikir sejenak. : )

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati jika anda seorang gemuk, seorang yang tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan sifatnya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan dan mempertikaikan itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ini satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang yang anda anggap sempurna atau cantik.

Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi kehingan kecanikan apabila dimamah usia pasti akan  tiba, bagaimanakah orang yang dikenali cantik itu mahu bersedia menerima keadaan ini kelak.Pasti ada saja yang tidak kena.

Kesimpulannya,hargailah stiap pemberian Allah kerana setiap kejadian yang terlihat pada diri kita sekarang ini ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...