NUFF

Tuesday, October 12, 2010

INI BARU HEBAT

Best tak tengok makanan dok gerak-gerak ek? hehe.. Saja je letak nak buat orang lapar dan terliur. Tapi sebelum korang rasa begitu aku memang dah terliur dan lapar yang teramat. Oleh kerana mata tak boleh nak tidur makanya perut aku jadi lapar. Untuk hilangkan lapar aku letak la post ni buat kali kedua.So ni lah penyakit aku bila lapar. Akan letak entry gambar makanan dan walaupun tak dapat makan tengok gambar pun jadilah. huhu : )
    
 
LAPAR!
LAPAR!
LAPAR!


: (


Tak de orang ke nak belanja ni weh huhu ...tak sabar nak cuti then boleh outing dan makan sedap-sedap lagi! Aku bab makan memang tak kedekut dan suka cuba dan cari tempat makan baru yang rasa-rasa ada makanan sedap je. Tak sedap tak nak g. Haha demand seyh Orang sawak kata ngegeh aku ni. Mean mengada.(memang pun)

MENGHARGAI DAN DIHARGAI

Mari lapangkan minda dan berfikir sejenak. : )

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati jika anda seorang gemuk, seorang yang tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan sifatnya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan dan mempertikaikan itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ini satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang yang anda anggap sempurna atau cantik.

Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi kehingan kecanikan apabila dimamah usia pasti akan  tiba, bagaimanakah orang yang dikenali cantik itu mahu bersedia menerima keadaan ini kelak.Pasti ada saja yang tidak kena.

Kesimpulannya,hargailah stiap pemberian Allah kerana setiap kejadian yang terlihat pada diri kita sekarang ini ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. : )

Saturday, October 9, 2010

10.10.10 KEPUNYAAN FINIEY

finiey & eiy bagai piang dibelah dua. : )

their ring. nice dear. love it. : )

invitation card. aku di tag di sini. tq fini invite me.

touch up lok. muka siyes da jak.

Maaf aku tidak dapat hadir pada hari bersejarah kau ye Finiey. Aku jauh ni di perantauan.he he Apa-apa pun aku tahu kau lah antara wanita yang paling bahagia saat ini kerana sudah pun jadi isteri orang. Nanti claim hadiah ye sayang. Aku tetap rasa terkilan tak dapat sama-sama hadir ke majlis perkahwinan kau. Aku rindu kau. Rindu semuanya. Mesti kawan-kawan lain ramai yang datang kan. Betapa cemburunya aku dengan kalian . Nanti mesti penuh dekat facebook tag sana sini. Saje jelah tu.

Ayu juga kau pakai tudung kan. Manis je. Lepas ni bolehlah buat anjakan paradigma sikit,hehe baru isteri solehah namanya. Anyway aku nak ucap tahniah. Semoga perkahwinan kau dan suami kekal hingga akhir. Amin
muka ngegeh. : ) hehe gurau jak tek

kacak cadar kitak yunk. :)

muka nebes time akad nikah.

SELAMAT PENGANTIN BARU 
TO
MY BESTFRIEND

FITRI NUR' AFINNIE ZAINUDIN
&
pasangannya
ABDUL RAHMAN SAPERI

Mesej Untuk Kaum Adam

Anak lelaki : "Mengapa ibu menangis?"

Ibu : "Kerana aku seorang wanita."

Anak lelaki : "Aku tidak mengerti."

Ibu : "Dan kau tak akan pernah mengerti."

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan"

Hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu  meningkat menjadi seorang laki-laki dewasa, dan tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya anak laki-laki itu mendapat tahu jawapannya daridapa firman-firman Allah, mengapa wanita begitu mudah menangis

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Selamilah hati wanita mu dan ingatlah, Setiap Wanita itu Cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...