naddy yaya : saya syukur dengan apa yang ada.
saya gemuk.sebab makan lebih kot
saya tidak comel dan tidak berapa cantik
kerana ALLAH sudah tentukan begini
: )
Setiap orang punyai keistimewaan masing-masing. Setiap orang juga ada
kekurangannya tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasullah s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum oleh ALLAH. Selebihnya
tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan
bermacam-macam perkara lagi. Korang tidak perlu berasa susah hati lantaran
gemuk,tidak menarik,terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana
keadaannya sekalipun, korang tetap punya daya penarik yang tersendiri dan tanpa korang alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia itu pelbagai rupa dan ragamnya .Disitulah
berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang dilarang untuk mempersoalkan kenapa begitu dan kenapa begini. Korang mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri sekarang ini.
Ishhhh,anggaplah ini semua satu kelebihan. Jika korang sangka korang buruk, ia sebenarnya satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik. Korang sangka kecantikan sentiasa
membawa untung?Oh sudah tentu tidak,.kerana tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah korang dikenali sebagai cantik, ketakutan korang
terhadap keburukan lebih besar daripada jika korang semulajadinya tidak berapa nak cantik.Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap cela di wajahnya akan dirawat
dan setiap cela itu juga akan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah
rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor burung diberi keistimewaan disayapnya untuk bebas terbang ke sana kemari namun cuba bandingkan dengan kita,samalah juga halnya, kadang-kadang seseorang
manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh
mensyukurinya akan tetapi sebaliknya pula dia berbuat sebanyak-banyak kemungkaran yang akhirnya mendapat balasan setimpal di
Akhirat. Besarnya hikmah jika korang dapat menilai kenapa ALLAH jadikan setiap manusia itu dengan kecantikkan dan sebaliknya.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana
disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal
memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita
itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.
ALLAH itu MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG. Cantik ke atau kurang cantik ke sama sahaja disisi NYA kerana yang paling penting adalah ketaatan kita terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Lebih lagi untuk menghargai diri korang sebab kewujudan korang mambuktikan kekuasaan ALLAH dan rasa kasih NYA untuk kita.