Tarikh : 9 April 2010
Jam : 11 am to 4 p.m
Geng Pembeli : Aku, Hueda, Niera, Pieqa, Azym, Sir Safuan & En.Achai
Tujuan : Mencari keuntungan kelab Afpac & nak memeriahkan gerai karnival usahawan
*Thanks to Pieqa as setiauasaha kelab Afpac sebab jempu aku, Azym dan Shida untuk menjadi tukang masak jemputan. (cewah,rasa macam tukang masak celebriti pulak)
Selepas kelas Accountig Information System (AIS) masing-masing tergesa-gesa keluar dengan tujuan masing-masing yang sudah tentunya mahu hantar buku,tukar kasut ke selipar dan bawa handbag or Slingbag. Aku pula relax sahaja kerana sudah siap sedia bawa selipar dan kasut aku kirim dengan Esah suruh bawa balik hostel.
Sambil tunggu geng pembeli aku sempat beli nasi goreng as sarapan pagi walaupun sudah tengahari ketika itu kerana perut sudah berkeroncong lagu dondang sayang dah.Aku hanya bungkus juadah santapan dan menikmatinya di tangga Admin kolej dengan lahapnya. Lapar beb.
Tiba masa untuk bertolak geng pembeli kurang seorang dan dia sudah tentunya Sir safuan.Lupalah tu.Time aku call siap tanya sekarang ke nak pergi? Alahai sir kenapalah tanya lagi. : )
Dalam van mulut masing-masing macam murai tercabut ekor tidak tahu diam macam sepulah tahun tidak jumpa. Dari cerita kolej hinggalah cerita entah apa-apa yang kitaorang borakkan. Yang paling kelakar dan buat geng pembeli pecah perut saat aku menceritakan kisah "Satu kaki" yang aku baca dekat blog si Faiz. Memang layan lah.
Saat beli-belah sudah tiba masing-masing bersemangat dengan list barang dan troly yang diusung pantas ke super market tapi tiba depan pintu super market tiba-tiba pak guard tegur dan kata dekat geng pembeli yang teruja " Dik sila ambil troly dari dalam". Kitaorang apa lagi gelakkan diri masing-masing. MALU. Patulah aku tegok pintu masuk kecil. Mana muat troly,rupanya troly ambil dari dalam. : )
Kami bertujuh berpecah Aku dengan Azym, Hueda dengan Niera, Pieqa dengan Sir Safuan dan En. Achai jaga van dan cari barang dia sendiri. ( sir safuan ialah pensyarah pengiring manakala en.achai tu pula driver kolej)
Inilah aksi-aksi geng pembeli yang teruja sebab pertama kali ramai-ramai pergi super market dan yang pasti bukan dengan family maka kena pandai buat keputusan dan pilih sendiri. Kami berdikari.
Saat memilih ikan bilis untuk buat cucur bilis
Hati-hati susun telur tu Azym, takut pecah pulak. Kata Sir.
Ada gaya tak untuk jadi guard jaga telur? : )
Kesian Sir Safuan cakap seorang,sebab si Pieqa sedang sibuk memberi pose.
Hueda check betul-betul list, takut salah beli sayur ni kang.Sebelum tu pose dulu. Macam biasa.
Kami ialah the power vegetarian girl. Hahaha. Amacam ada gaya as penyelamat kerosakan sayur daripada serangga-serangga perosak dan si pencuri sayur tak?
Azym ni bukan beli ayam tapi sibuk mengurat abang penjual ayam siap main lambai-lambai lagi. : )
Ada ciri-ciri jadi bini tokey kedai beras yang berjaya si Hueda ni.Tengok beg dia. Banyak duit dalam tu.
Gaya bakal seorang celebriti tukang masak yang hot.Haha.Tak sangka dalam gambar baju aku pakai ni nampak cantik sebab aku pada mulanya tak suka baju ni.
Semua sibuk menggayakan diri di depan kamera sedangkan Sir dekat belakang tu tengah pening nak buat pilihan sos mana yang patut di beli.Bukan nak tolong.
Ketika ini Hueda mendapat mesej dari Amira untuk belikan coklat Sneakers tapi masalahnya si Hueda tak tahu macam mana rupa coklat tu makanya Azym dengan Niera pun tolong tunjuk.
Sambil menunggu yang lain masih mencari barang Azym yang sudah kelaparan pergi membeli makanan ringan yang dijual secara timbang. Pekerja perempuan yang pakai baju hijau tu ialah bekas budak sekolah aku yang sudah tidak mengenali aku kerana aku sudah gemuk sekarang. Hahaha.
Sementara kitaorang menunggu orang lelaki pergi solat jumaat si Niera ni sempat naik permainan yang dia paling suka. Best lah dia dapt lepas gian setelah sekian lama tidak naik.
Ketika kami berada di Kipmart Kota Tinggi adalah terserempak dengan beberapa orang pensyarah yang datang membeli-belah dan apabila disapa mereka hanya tersenyum dan seperti terkejut melihat kami. Kenapa tidak percaya ke kitaorang pandai tau beli barang dapur.
Aku dengan Azym pergi cari Restoran Marry Brown untuk ganti KFC. Kesian Azym kempunan mahu makan KFC so kami hanya beli Marry Brown sahaja sebabnya itu yang paling dekat dan ada dalam Kipmart dan aku belanja Sir sebab dia sudi mahu teman aku pergi jumpa mama yang nak pulang ke Kuching setelah habis cuti 2 minggu di Johor. Thanks Sir dan Azym juga yang teman aku.
Lepas pergi Restoran Marry Brown aku dengan
Azym sempat membeli DVD cetak rompak. (hanya ini yang kami mampu) Aku beli cerita Iris setelah dipaksa dan diracuni si Azym yang menyatakan cerita ni best.Thanks to abang jual DVD yang bagi Rm10 sahaja untuk 3 DVD. Tidak sabar mahu tengok lorh.Azym beli satu serita korea dan satu cerita hindi tapi aku tidak ingat tajuk.
Masa untuk bertolak balik tiba dan si Hueda dan Niera, kamu berdua telah lambat. Terkedek-kedek lari pergi ke arah van takut kena tinggal atau sudah rasa bersalah kerana lambat hah? Misi geng pembeli sudah berjaya hari itu dan cuma roti untuk hotdog sahaja yang tak jumpa tapi tidak menjejaskan pun.
Muka penat dan senyap sedikit dalam van ketika pulang ke kolej sebab masing-masing kepala sudah pening.So terlentok-lentok kepala ketiduran. Thanks semua geng pembeli. Lain Kali kita pergi beli barang dapur ramai-ramai lagi okay. : ) Sayang kamu semua.
2 comments:
yes yes,cerita IRIS memang best gila. tak rugi la kalau beli. (:
yeke anis? tak berkesempatan nak tengok lagi ceta ni
Post a Comment