NUFF

Tuesday, March 30, 2010

Happy Birthday my short & skinny Babes

BABES...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU

LOVE U SO MUCH

Thanks for be my cute and sweet little sista


happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to you

happy birthday to syamily 
SYAMILY M

Monday, March 29, 2010

thanks

thans jia

Wednesday, March 24, 2010

TIP CINTA 2

Macam biasa aku akan membelek-belek majalah dan dapat info baru dan entry kali ini aku namakan TIP CINTA 2 (bahagian kedua) bahagian pertama di pos pada 3 Februari yang lalu. So mari kita sama-sama sharing okay.


Sayangi si dia dengan hati bukan perasaan
Jika mahu  meletakkan sesuatu perhubungan maka biarlah berdasarkan hati dan bukan perasaan sebabnya perasaan boleh berubah-rubah.

Sayangi si dia sepenuh hati
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih yang terbaik dirasakan.Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Sayangi si dia seadanya
Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali bila diubah, selamanya akan terus mengubah dirinya. Tentu masih teringat,bagaimana terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Yakinkan diri akan keistimewaan si dia
Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak kali pertama terpikat padanya.

Hormati pendirian dan keputusan si dia
Janganlah merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kerana kelak, yang hanya akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. 


Percaya akan si dia
Sentiasa bersangka baik padanya jika mahukan sebegitu darinya. Pastikan sentiasa meletakkan diri di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

Bercinta dengan si dia adalah seperti memberi hati 
Ini bermaksud sedia untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepada si dia nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya
Ini adalah kerana selama-lamanya mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk kalian berdua.

Jangan sesekali meninggalkan si dia tanpa sebarang alasan
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga diri jika dapat memenangi hati si dia
Bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak diperolehi setelah berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, si dia memilih anda adalah kerana si dia mempercayai kejujuran dan akan ketepatan janji yang dibuat.Jika telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cinta si dia  maka dengan itu haruslah juga berusaha untuk terus menyintai diri si dia dengan apa jua keadaan sekalipun.

Tuesday, March 23, 2010

My Name Is Khan

Tarikh: 12 Mac 2010
Masa: Sekitar jam 11 p.m to 2 p.m
Tempat: Bilik B-G-02 (kepunyaan Esah,Miera,Peah & Fariha)
Object: My Name Is Khan
Penonton: Esah,Miera,Peah,Friha,Hueda,Niera,Ella,Arina,Pika,Aku.

Pada tarikh inilah satu project antara budak perempuan yang teruja akan si Khan menjalankan aktiviti.Kami membuka warung kopi (walaupun tidak minum kopi) dengan hanya menawarkan perkhidmatan makanan Roti bakar dengan pilihan jam Grape dan Coco dan air mineral. Cool. Sangat sedap tahu.

*Thanks to Madam Su sebab bagi pinjam Pembakar Roti.

Berbalik dengan cerita si Khan, Ye dia sangat kacak bagi akulah walaupun sudah dimamah usia sedikit.

SHAH RUKH KHAN

Anda pasti pernah mendengar nama ini melainkan anda ialah orang Planet Marikh sebabnya confirm tidak kenal dia, Dibawah ini adalah wajah si khan yang aku maksudkan.

Sudah kenal? Bagus inilah dia Khan itu. Tapi aku bukan mahu bercerita tentang kisah hidupnya kerana mesti korang pun tidak berapa minat mahu tahu yelah pelakon Hindustan yang mana kalau sebut dekat sesetengah orang mesti dia akan gelak dan kata dengan muka berlagak pula tu "Ek eleh ape kelas layan Hindustan" Okay thanks dan ada aku kisah?

Aku sangat suka gambar ini. Sebab nampak cool tapi yang paling penting look at his cloths tu.. : P (aku buat muka gatal) ye lubang-lubang gitu..hahahaha (gelak persis Sin Chan time dia skodeng skirt perempuan sambil pipi merah)

Habis tentang pelakon ini. Now aku mahu bagitahu tentang filem dia yang terbaru tapi bukan keluar tahun ini. Last year rasanya. Tapi bagi aku yang terbaru dari si Khan ini.

MY NAME IS KHAN  

Inilah tajuk movienya. So kepada rakan-rakan ku biarlah aku bercerita sedikit kenapa aku sangat teruja nak pulish tentang cerita ini dekat blog aku. Aku bagi 5 bintang untuk filem ini. : ) (full bintang sekali bagi)

Aduh..sangat kacak (oppss sorry terkesima sebentar) Menyibuk sahaja ada jalur-jalur dekat muka dia. (dekat belakang itu bendera Amerika)

Sinopsis kisah ini,berkisar tentang seorang Islam yang menjalani kehidupan di Amerika bersama adiknya selepas kematian ibu tercinta. Menariknya dia ini tergolong dalam sedikit OKU tapi bukan cacat anggota (tidak handsome pula nampak) tapi punya penyakit macam ala-ala terencat tapi bukan tahap ekstrem. Aku lupa pula nama penyakitnya. Aku tidak pernah dengar.
Tapi sindrom pelik yang dia ada ekoran penyakitnya itu ialah dia tidak boleh melihat warna kuning dan mendengar bunyi bising event oarang tercakap kuat dengan dia sudah dikira bising bagi si Khan ini. Tapi oleh kerana dia penyakit itu juga buat dia cerdik dan sangat polos atau senang cerita lurus bendul a.k.a always fikir positif dan baik tentang orang lain. Menarik bukan? Sangat pandai dan berkesan lakonan si Shah Rukh Khan.

Isu yang di utarakan dalam filem ini ialah mengenai perkahwinan berlainan agama,tentang hak sesuatu bangsa dan agama dalam sesebuah negara,nilai kemanusiaan dan kasih sayang.

Antara babak menarik ialah...
  1. Ketika si Khan jatuh cinta pada seorang wanita pemilik salon yang akhirnya menjadi isterinya yang dilakonkan oleh Kajol.
  2. Ketika konflik antara Khan dan adiknya yang marah dan memutuskan persaudaraan kerana si Khan mahu mengahwini seorang yang beragama Hindu.
  3. Ketika serangan pengganas keatas bangunan Amerika (peristiwa 11 September) dimana selepas itu semua pandangan orang di Amerika pada orang Islam adalah negatif.
  4. Ketika orang Islam ditindas,dihina,dibelasah selepas serangan itu. Keluarga Khan pula turut terkena tempias.Kajol kehilangan salon dan Khan susah mendapat kerja. Adik ipar Khan ditarik tudungnya hingga tercabut ketika tengah jalan dan selepas itu tidak boileh bertudung.
  5. Ketika anak pasangan Khan mati gara-gara dibelasah rakan sekolah ketika cuba berdamai dengan rakan baiknya dan yang sedihnya mayatnya dibiarkan begitu sahaja dan Kajol telah tersalah anggap bahawa anaknya mati hanya kerana nama anaknya telah di tambah Khan.
  6. Ketika Kajol marah si Khan dan menyalahkan kematian anaknya dan kehilangan salon serta ketenangan hidup dikecapi yang hilang selepas berkahwin dengan Khan seorang orang Islam.
  7. Ketika Shah Rukh Khan dalam perjalanan berjumpa presiden Amerika kerana telah dicabar isterinya   hanya untuk memberitahu "My name is Khan,and im not a terrorist"
  8. Ketika dia bersusah payah mencari wang saku dalam perjalanan untuk berjumpa presiden dimana dia ditakdirkan berjumpa dengan orang negro yang beragama Kristian yang banyak membantunya.
  9. Ketika dia ditangkap oleh FBI kerana menyangka dia pengganas gara-gara tersebut perkataan terrorist. Dia di seksa dan dipaksa untuk mengaku tapi disini kekuatan seorang Islam ditunjukkan iaitu dapat menghadapi apa jua rintangan dan teguh iman.
  10. Babak kemuncaknya,Khan dilepaskan kerana didapati tidak bersalah dibantu oleh 2 oarang wartawan yang akhirnya membuatkan dia popular dan kesanggupan dia mengharungi puting beliung dan ribut Katrina untuk menyelamatkan orang negro yang membantunya ketika dia susah yang akhirnya mendapat liputan meluas media dan isterinya terharu dan meminta maaf dan endingnya tuan presiden telah berjumpa dengannya.
Anda semua patut tengok cerita ini. Banyak pengajaran dan jangan risau rasanya ini filem Hindustan yang tidak ada nyanyi lari-lari dibukit,taman bunga dan sebagainya. Percayalah.

Tahniahlah to director filem ini KARAN JOHAR. Anda berjaya buat saya rasa tersentuh dan mengeluarkan air mata (walaupun cuba dicover dari keluar) Dia punya talk show saya suka sangat,sempoi. COFFEE WITH KARAN.

 KARAN JOHAR
Filem dia memang selalu best-best. : )

*Pesanan kepada my Management Acconting lecturer, Mr Safuan, Sir layan lah cerita Hindi pula especially cerita ini. Sumpah best. Ala-ala cerita Crash yang Sir cakap tu. : )

Congratulation wahai my MIRAMI

MIRAMI a.k.a MIRANAK
Congratulation TAU

siapa si MIRAMI ini?
Dia classmate aku yang otaknya tersangat cerdik dan baik budi perketinya
Sangat sesuai bila dia di anugerah kan as a best student dalam accountancy punya kos.

PLATINUM AWARD
SILVER AWARD
BEST BUSINESS LAW SUBJECT

inilah dia senarai anugerah yang si MIRAMI ni dapat for the last semester
Mira tahu tidak yang bahawasanya ramai orang sebak tengok Mira time naik pentas ambil award tu.
So teruskan usaha untuk always jadi yang terbaik dan kak nad always sokong Mira.

Thanks for being so nice to me
Thanks for every thing 
Thanks for the Cornetto okay
Thanks Siti Nuramira Zamani
; )

Saturday, March 13, 2010

Kronik Jiwaku


Malas. Tidak Berdaya. Payahnya rasa.
What happened to me? (- -‘)


Banyak kerja tidak diselesaikan dengan baik.
Hidup sangat terganggu.
Tipu sahaja semua tawa dan senyuman ini.

 
**Kamek perlu kitak G.
    Kamek sunyi da jak.
    Sik sian ka ngan kamek G.
    Kamek rindu gilak ngan kitak bah.

Again test finance tidak jawab dengan baik
I guess. Fail again.
Bencinya dapat otak lembab!
Kenapa tidak sehebat orang lain.

(Mahu mandi lama-lama dibawah jirusan shower.Air yang sejuk mumgkin dapat melapangkan seketika minda serabut ini.Hope so.)

Penangan Ustaz Rock

SUMPAH BEST. 
Apa Yang BEST?

CERAMAH MAULIDUR RASUL MALAM JUMAAT LEPAS YANG BERLANGSUNG DEKAT KOLEJ AKU.

Time on the way nak pergi dewan aku sudah siap-siap menyumbat telinga dengan ear phone. Konon-kononya sebagai langkah pencegahan awal daripada mengantuk. Tapi ternyata sia-sia sahaja .Aku tidak menggunakan langsung benda tu. Syabas la tuan penceramah Ustaz Muliyadi. ; ) Thump up for you. Anda berjaya menceriakan malam kami walaupun hanya 1 jam 30 minit. Lain kali datanglah lagi. Jangan serik ke tempat kami. 


(Pesanan ustaz akan saya ingat, JAGA SOLAT : )

Kenapa dengan Blog?

Tiba-tiba isu mengenai blog dan facebook di utarakan di kolej aku. Mungkin gara-gara peningkatan ahli facebook yang bertambah dari kalangan pelajar kolej.Huh..mesti rasa macam sedikit terganggu.

Aku juga sudah jarang berkunjung ke laman facebook gara-gara pelbagai kisah yang mendukakan terjadi di situ lewat minggu yang sudah.Sangat menyentap perasaan aku. Aku kena marah gara-gara membuat entry dan komen kepada kawan si dia. Begitu juga album foto aku yang menyebabkan ada orang bermasam muka.

Aku tidak berniat pun mahu mengakibatkan segala kecelakaan yang terjadi. Sungguh. ( _ _‘) Aku bertujuan baik,suka-suka dan aku rasa perlu. Tapi tidak sangka kalian memandangnya dari sudut negatif.

Perihal blog pula,tiba-tiba Farid sebut-sebut mengenai isi kandungan blog aku yang bertajuk program peer DIA tempoh hari. Kenapa dengan cerita itu? Ada masalah? Aku tidak berniat mahu menyinggung sesiapa okay.Tidak settle-settle lagi perihal cerita-cerita program itu?

Pak Lan menyebut nama blog aku..Naddy Yaya. Aku kaget dan terkejut. Adakah Pak Lan sudah sampai ke laman blog ku yang tidak seberapa ini? Tapi,tiada apa yang menarik pun di blog aku ini. Cuma kisah aku sehari-hari yang membosankan aku rasa. Bukan sehebat kisah di blog Hanis Zalikha. ;(

Tapi ada blog juga bagus. Bukan mahu suruh orang lain membaca tapi sekadar mahu meluahkan sesuatu yang bermain difikiran aku. Aku bukannya punya teman rapat yang sebetulnya faham aku disini maka aku coretkan di blog ini.

Sunday, March 7, 2010

Bucuk Wangi Rindu

Rindu sangat kat ucuk
Sms ucuk
Call dari ucuk
Cerita ucuk
Suara ucuk
Gurau ucuk

Semua sudah berubah sekarang
Balik kepada normal
Wangi jadi Nadia
Bucuk jadi 3M

Thanks for everything
Really mean it
Hope happy with life baru

Im gonna miss you.
: (
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...