NUFF

Friday, February 26, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH

Perkara yang berlaku setiap hari akan menjadi sejarahkan. Hari ini dalam sejarah aku bangun tidur dan aku berada di rumah kawan baik ku si Azym. Lelaki? Apa kisah..Dia baik. Aku tidak pernah tidur or tumpang rumah kawan lelaki...family dia pun baik..adik dia comel..Parent pun peramah.
Thanks la Azym bagi tidur dekat katil kau dengan Mili. Walaupun selepas beberapa minit aku baring aku terus beralih tempat tidur.Dekat mana? Of corse la dekat atas lantai. More sejuk. Now musin panas...so tersangatlah bahang even malam-malam pun aku berpeluh ketika tidur macam orang pergi berjogging sepuluh round.Ceh..

Plan awal aku nak balik kuching tapi apa kan daya aku tidak jumpa IC kedua (macam aku ni warga asing pula) a.k.a my pasport lah. Mana entah benda tu menyorok. Penat dan kelam kabut ditambah lagi menggelabar dan berpeluh-peluh hampir sepuluh baldi mencari kau tahu tak? (gila sepuluh baldi) Dan aku terpaksa lupakan plan itu. Dan that why now im at Azym home.

Sepanjang cuti mid term ini aku akan berada dirumah Azym.Kesian Azym dia demam sejak balik ke rumah dari semalam. Mungkin angkara cuaca yang panas ditambah lagi keletihan lepas balik dari English Carnival tempoh hari agaknya dan jadual tidur yang tidak teratur.Aku pun kena tempias Azym tapi belum tahap sakit.

Aku tak nak sakit,walaupun jarang sakit tapi once aku sakit. Memang nazak sangatlah. Aku pun tak nak lah menyusahkan orang.Kesian pula dekat oarang nak yang nak menjaga or merawat aku. So semoga Allah bagilah aku kesihatan tubuh badan yang berpanjangan. Amin.

Cerita perihal sakit,badan dan kesihatan aku okay. Tapi mental dan perasaan serta jiwa raga aku yang sakit sebenarnya. Aku mahu cry..Boleh? That my hobbies. : ) Bodohnya hobi menangis. Ada faedah tak? Soalan bodoh lagi aku tanya. Aku mahu kongsi cerita aku. Tapi pada siapa selain Tuhan yang Maha Esa?(sangat dramatiknya ayat ini)

Aku punya teman rapat,tapi mereka jauh. Terasa mahu sahaja meminta pertolongan Doraemon untuk bawakan mereka pada aku. Boleh?Aku nak peluk korang. Nak tengok muka diaorang depan mata aku. Main tumbuk-tumbuk dan sepak-sepak secara live. Bukan sekadar bermesej macam dekat facebook.Tak nak. Tidak sama feelnya.

Aku rindu korang. Sangat rindu. Cissss...Aku mengeluh lagi. Kata nenek tak baik mengeluh. Tapi terlepaslah. Sorry. : (

Aku tengok blog aku.macam suram je. Tidak ceria adan menarik backgroundnya. Rasa mahu menukar. Lepas inilah.Dan aku terperasan Daisy Path bucuk and wangi kamceng for 8 month already tertera di sudut kanan blog aku. Tidak sangka sudah 8 bulan usia perkenalan kami. : ) Love youlah Buddy.

Aku Ni Membosankan

Gila bosan la hidup aku ni..
Rutin yang sama hari-hari
Aku sendiri tak tahu nak buat apa

Ada oarang kata aku jiwang
Bukankah jiwng-jiwang ni perlu..
Lumrah or fitrah alam la katakan

Aku sendiri masih tercari-cari
Perkara dan benda yang boleh
Hilangkan bosan aku...

Tapi still juga macam itu..
sama
tak berubah,
tak berganjak
tak bergerak.

Cis,benci tahu tak hidup begini
Macam.....
Jawablah sendiri..
Aku tahu korang boleh bagi jawapan

Tuesday, February 23, 2010

English Carnival


Para pelakon yang sangatlah vogue kononnya. Yang di make up bagai artis yang mahu menghadiri majlis penganugerahan di tv. Selepas itu satu persatu jerawat mula tumbuh di muka gara-gara make-up itu kan.



Puteri-puteri jelmaan diberi peluang sehari sahaja untuk menjadi seperti puteri. Best.

MISS YOU


I MISS YOU
MISS YOU SO MUCH
MISS MORE THAN YOU MISS ME
MAY BE.



Friday, February 19, 2010

Bermulanya the FAIRY TALES

Jam menunjukkan sudah pukul 5 dan bas sudah memasuki area BERANANG. Yes dah sampai,akhirnya setelah punggung ini naik kematu duduk dekat bangku yang tidak berapa nak besar.

Bermulalah satu kisah dongeng yang penuh fantasi,ceh macam skema sangat ayat yang aku karang. Aku sangat teruja untuk ke Beranang sebab tidak pernah pergi dan lama tidak pergi mana-mana KPM. Dan mungkin ini juga tahun terakhir untuk mewakili kolej so rasa excited itu berlebihanlah.

Moga-moga tahun ini adalah sesuatu untuk dibawa pulang tidak seperti tahun yang sudah.Good luck ya rakan-rakan. Aku tahu korang boleh buat yang terbaik punya.

Khayalan

Aku rasa,
Aku seorang yang rasa.

Aku rasa,
Aku seorang masih disini.

Aku rasa
Aku seorang yang menyanjungi,

Aku rasa,
Aku seorang yang berharap.

Aku rasa,
Aku seorang yang menanti.

Segala yang tidak pasti,
Yang hadir sebagai khyalan,
Menemani mimpi indahku,
Di hari yang lalu.

Tiada kepastian yang jelas,
Membuat aku bertanya,
Tentang diriku ini,
Seperti terumbang-ambing dilautan.

Aku tahu,
Aku sedih,

Aku tahu,
Aku menangis.

Aku tahu,
Aku berkhayal.

Aku tahu,
Aku picisan

Aku tahu,
Aku bukan apa-apa.

Kamu KHAYALAN Ku

: (

Thursday, February 18, 2010

Ready And Action

Siap-siap kan diri
Janganlah leka lagi 
Mlam ini terakhir
Bagi latihan drama

Walaupun kesuntukan masa
Tapi yang terbaik
Akan tetap dipersembahkan
Demi kolej ku KPMBP.

Barang perlu packing,
Rasa sangat malas,
Nak pergi travel-tarvel
Tapi kena on juga.

Untuk Team EC 
Do the best
Chaiyok-chaiyok la korang
Jangan menyerah

Thanks to all 
Yang bertungkus-lumus
Menyiapkan keseluruhan
Acara yang akan berlangsung

Semoga Berjaya.
Good Luck.

Tuesday, February 16, 2010

Batu Layar


Setelah lebih kuarang 7 tahun tidak berjumpa akhirnya takdir menemukan kita kembali. Amin.Happy sangat jumpa korang. Rindu korang. Sayang korang. Tak tahu nak terangkan bagaimana perasaan ini.Walaupun tidak ramai yang keluar untuk berpicnic tapi ini sudah memadailah.Terima kasih okay.

                                          

                                             


                              

                                

Sunday, February 14, 2010

You Rock Girl

First thing i want to thanks to all of you my girl. You all make my day okay. I love you all! Thanks to God too because send me a nice friends. Miera and Aisyah,im glad to meet you two again after most 7 year we did'nt meet. Right.Miss you you two so much.Shefa,yes i know you will find me darl.

Tiba-tiba aku tergerak hati untuk tidak home alone. So dengan drastiknya aku membuat keputusan untuk pergi ke Kota Tinggi after semalaman melepakkan diri di rumah Madam Su and of course dekat my heaven (bilik).Pagi itu aku dengan ghairah mahu memasak setelah hampir sebulan merehatkan jari-jemari kasar ini.Nah sekali masak dekat tiga jenis makanan yang aku sendiri tidak mampu mahu habiskan.

Oleh kerana banyak sangat makan so hari ini perut aku rasa sangat senak dan aku rasa tidak selesa denagn perut yang membuncit(padan muka aku)terpaksa aku buka butang seluar sebab rasa macam sesak nafas. Sumpah.

To Byezura,sorry tidak dapat pergi ke Mersing sebab tersangatlah jauh dan aku kesuntukkan masa. I only get until this monday for the holiday. Plan banyak tidak menjadi. Benci.Aku memang mahu dan tersangatlah miss you dear. Really miss. : ( kenapalah cuti mid term kita tidak sama.

Thanks to QaQa (my pepiak) who drop me dekat bus stand Bandar Penawar naik kereta comel. Aku suka sangat if warna kenderaan putih. Macam kereta mama. QaQa macam tahu-tahu saja aku ada dekat hostel. Selamat bercuti ke Port Dickson.

Saturday, February 13, 2010

Tak Suka Plan

Memang tersangatlah tidak suka apabila apa yang dirancang tidak menjadi. Sebab harapan sudah setinggi gunung mengharapkan perjumpaan kembali antara geng-geng yang sekian lama tidak bertemu. 7 tahun okay. Simpatilah aku dengan kau Kates sebab rasanya kau lagi terkilan tidak dapat menghadiri wedding kakak kau kan. Salahkan kereta itu. (maaf ye kereta)
Seronok jugalah duduk hostel seorang diri walaupun tiada teman berbicara tapi okay sajalah. Aku memang sudah terbiasa hidup sendiri ni dari kecil lagi. Mana ramai kawan. Hidup terpencil denagn rumah jauh dari orang. Adik-beradik tiada. Harapkan barang mainan yang tersangalah banyak itulah peneman setia aku. (terima kasih ye teman aku)

Hari-hari rutin yang sama,tunggu nenek pulang kerja,makan,tidur,main dengan mainan,tengok cerita kartun or drama cina dan paling penting mendengki anjing peliharaan dirumah (aku samak okay) Anjing lebih faham bahasa berbanding kucing yang sangat pemalas apabila sudah diberi makan whiskes atau frikies(betul ke ejaan ni). So lepas kenyang terus tidur sambil tinggalkan aku terkebil-kebil seorang. Cis!
Lebih kurang gini lah rupa anjing yang aku bela tu,nama dia hitam putih sebab ada 2 warna itu dekat badan dia. Hitam putih ni anjing paling aku suka sebab dia lawa.


Lagi 2 ekor yang aku bela warnanya hitam. Aku tak suka sangat sebab warna hitam kan. Yang hitam berkilat namanya John(seperti dalam gambar),yang ada tanda coklat dekat atas dahi nama dia Kumbang.

Kerana masa kecil begitulah so aku tak kisah apabila tinggal seorang. Campaklah mana pun,insyallah aku boleh hidup. Hidup ini tersangatlah mencabar. Aku memang selalu melaluinya,kalian yang lain juga tidak terkecuali rasa macam aku. Betul tak? Setiap oarang punyai masalah masing-masing.

Berbalik tentang perancangan tadi,aku selalu menjadi mangsanya. Sebab apa yang  dirancang biasanya tidak akan menjadi kenyataan pun. Cis. Benci.  So memang aku lebih suka menjadi orang yang tidak di duga keputusannya. Biarlah. Janji menjadi daripada tidak menjadi. Last-last sakit hati. 

Aku tidak tahu mahu ke mana petang ini. Sangatlah berharap my friends Tan will pick up me here and jom la kita ber Gong Xi Fa Cai. Nasiblah kau balik raya ni. Aku mahu Ang Pow okay. : )

Friday, February 12, 2010

Ugly and The Beast

Biasa dengar mengenai Beauty and the Beast kan tapi ini kisah lain sedikit. Bukan apa demi mencari sedikit kelainan dan pembaharuan baru selaras zaman sekarang yang macam-macam ada dan banyak inovasi.Ugly and the beast ialah tajuk drama yang akan team english carnival present dekat KPM Beranang hujung minggu ini.

Masa tersangatlah mencemburui kerana kami kesuntukan masa untuk buat perparation for the competition. Banyak lagi belum siap such as Prop yang tersangatlah penting. Pakaian pun masih tercari-cari,lagu dan skip baru dapat semalam dan perlu sedikit masa untuk dijiwai demi mendapatkan kebekesanan apabila dilakonkan nanti
Aku akan jadi Mrs Pot
Nana akan jadi Chip
Azim akan jadi Lumere
Hafiz akan jadi cogrworth
Awari akan jadi flower
Per akan jadi Maurice
Paling penting 
Belle 1(beauty) dilakonkan Has
Belle 2 (ungly) dilakonkan Azie
Beast oleh... (alamak lupa nama dia)
Kami hanya melakonkan sahaja dan suara pula oarang lain yang akan bekerja keras dibelakang tabir. Mereka ialah Kak Fara, Adib, Azhar, Fatin,Ezza,selet.
Bagi prop pula pika,nasriq,kak fatin,sal, dan lain-lain tak ingat.

Macam ada harapan mahu menang. Amin. Dan sudah tentunya aku bersama team kali ini akan berusaha yang terbaik demi kolej tercinta. (bersemangat sudah) So to all of you good luck okay

Kenapa MESTI pergi

Janganlah pergi ,
Janganlah
Jangan sesekali buat begini
Janganlah tinggalkan saya.
Jangan.
Banyak kali aku cuba sebut perkataan keramat itu. Tapi percayalah tidak akan mengubah takdir dan kenyataan pun. Kenapa aku cakap begini (nada seperti orang berputus asa) sebab dia akan pergi juga dalam masa 80 jam daripada sekarang. Huh kalau aku punya kuasa sakti atau pari-pari (macam dalam cerita bawang putih bawang merah) alangkah baiknya. Confirm dia akan membantu.

Tapi itulah masalahnya aku tidak punya kuasa sakti mahupun pari-pari yang bisa tahan dia dari pergi.Minggu ini dua kali aku rasa sangat kehilangan. Bukan pergi buat selamanya tapi tetap aku rasa sangat jauh walaupun still area Malaysia.Rasa hati aku sangat berat ini.

Kalau Tuhan dengar detik hati aku sekarang dia akan mengerti betapaaku perlu dia,dia dan dia.Arrrgghhhh sangat sedih aku ini. (Time create cerita ini ada manik-manik jernih lalu dekat pipi aku sikit) Aku senang bila dia,dia, dia ada kerana dia,selalu mendengarkan aku. Selesa sungguh rasanya di kala itu.

Kenangan tetap akan jadi kenangan. Aku ingat sampai akhir hayat aku. Insyallah. Aku tidak suka pertemuan kerana nanti ada perpisahan yang aku sendiri tidak suka nak laluinya. Sakit okay. Bukan dari luar tapi dari dalam. Tertusuk sangat rasa. Ubat apa ada yang boleh beri sembuh?

Dulu aku tidak rasa begini,
Rasa yang sebegini,
Bila sekarang dan hari ini,
Baru rasa seperti ini.

Hidup memang ada kontranya,
Sudah tentu mati teman karibnya,
Tapi semua sudah takdir Nya,
Aku harus terima seadanya.

Bila dengar lagu bila aku sudah tiada,
Aku teringat kenangan yang ada,
Antara aku dan juga diri dia,
Memang akan jarang berjumpa.

Bila mahu jumpa lagi? (aku bertanya)

Insyallah nanti....(jawapan yang mungkin diberi)

Jangan sedihlah (aku memujuk hati)

Aku redha.

Aku akan rindu dia

Walau ambil sedikit masa

Sedikit ke?

Aku tidak pasti.

Aku tidak yakin

Biarlah masa tentukan.


From my heart to you:

Thanks you so much for everything.

Thanks you for be very nice to me

Thanks you for your care,advice and support.

I WILL MISS YOU MADAM.

Tak dapat ajar sofia and darwis

Tak dapat makan-makan lagi

Tak dapat tengok baby besar.

Tak dapat tumpang basuh baju.

Tak dapat nak pinjam buku lagi.

Tak dapat nak bercerita lagi.

SEDIH.
SEDIH
SEDIH

I stop here.
CRY.
: ' (


Wednesday, February 10, 2010

Mula SAD lepas itu HAPPY

Kuiz ke 2 Financial Management agak susah,dan aku tidak menjawab pun soalan 1. Madam bagi 45 minit sahaja untuk menjawab (rasa nak nangis) Aku memang dah tak power bab-bab mengira ni. Dan sangat tidak minat. Otak rasa macam tersumbat tengok angka-angka. Tiada daya penarik langsung seyh


View Image

Tapi pagi itu juga aku mendapat SMS yang menggembirakan .Berbunyi begini..

CONGRATS! U R ON ENGLISH CARNIVAL TEAM : ) C U TONITE 9PM @ MAIN HALL

This message i receive from Miss Nurul.Thanks kerana bagi kepercayaan untuk mewakili kolej lagi bagi tahun ini. Lagu Two Is Better Than One bagi tuah la agaknya (ceh,sebenarnya dah kering idea time audition tu). To Anis, Kak Nad dapat masuk. Happy sekejap.

Test kedua akan menyusul malam nanti, test business english apa yang ditanya ialah minute of meeting. Bosan tajuk ni walaupun simple saja sebenarnya. I will try my best. Lama tak mengarang maka otak sudah tersejat.Yang pasti habis test terus kena pergi hall untuk latihan. (arrgghhhh,baru nak tidur awal)

Kempen derma darah yang berlangsung pula aku just pandang sepi. tahun lepas macam berkobar nak menderma tapi keadaan tak mengizinkan time tu (sakit orang perepmpuan ) tapi bila dah tiada aral yang melintang aku pula yang tak nak. Mood tak berapa elok minggu ni. Otak tersumbat.

Aku suka cuti tapi aku tak suka cuti

Aku mahu cuti
Nak rehat
Nak jumpa geng-geng yang 7 tahun tak jumpa
Mesti dramatik pertemuaan itu nanti

Mereka mesti akan kata aku sudah semakin bulat
Persis king kong (ceh tapi tak hitam)
Muka aku juga sudah tak selicin dulu
Banyak sangat kawah bulan 
Aku benci..

Tapi kadang-kang tak suka juga cuti ini,
sebab tak tahu nak ke mana,
semua sudah berubah,
kawan-kawan sudah pergi
untuk menerokai bidang masing-masing

aku rindu korang tahu tak...
aku pun dah tak menetap kat sini
so sudah tak de rumah
mana entah nak lepak pun tak tahu

aku suka cuti
tapi kadang-kadang aku tak suka

confius

Separuh Jiwaku Pergi

Kenapa mesti dia yang ditukarkan? Aku memang tidak berpuas hati dengan keputusan yang baru di terima. Tapi inilah dinamakan takdir. Takdir yang tertulis mengatakan dia hanya dipinjamkan sementara sahaja untuk beri tunjuk ajar.

Dia memang sangat sporting,mudah tersenyum,suka berjenaka tapi apa yang disampaikan mudah sahaja diterima dan jarang dahi aku berkerut dengar penjelasan dia. (fahamlah kononnya). Suara dia sudah cukup untuk buat aku tidak terus hanyut dibuai mimpi indah. Lantang dan jelas persis suara Ziana Zain.
ziana-zain
Kesanggupan dia untuk memberi kami menggunakan dapur bagi masak-masak untuk jamuan pun sudah aku kira sebagai sangat bertuah. Orang lain belum dapat lagi peluang begitu. Dia sememangnya lain dari yang lain. Sampai bila-bila pun tak akan ada yang sama seperti dia..

Mulai hari ini hinggalah penghujung nanti jaranglah aku akan berjumpa dengan dia. Sebab aku tahu dia banyak kerja. Dan aku juga ada perjuangan yang perlu diselesaikan bersama yang lain. Kedengaran pengarangan aku hari ini agak mengikut perasaan kerana aku agak kecewa la agakanya.

Dia,

Dia,

Dia,

Ratu dihati aku juga yang lain,

Dia

Dia

Dia

Tetap menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Terima Kasih,dan jangan lupakan aku serta yang lain.

Doa aku titipkan agar sentiasa dilindungi . Insyallah.

Dia…

Ye dialah,

Dia

Madam Suraya Binti Hj Bahar

I will miss you . : (

Monday, February 8, 2010

CLYNE LEE BIRTHDAY



HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO CLYNE LEE

I MISS YOU SO MUCH
THANKS TO BE SO NICE TO ME
YOU ARE TRUE FRIEND…


YOU ARE 22 NOW..
SORRY IM LATE ONE DAY
TO WISH YOU..


Syabas KPM BP


5/02/10-7/02/10 KPMIM menjadi Tuan Rumah kali ini dan menerima seramai 182 orang peserta dan 20 Guru pengiring dari KPM/KM seluruh negara.

Nadwah kali ini bertemakan Pemantapan Akidah Asas Kecemerlangan Akhlak.

Keputusan Pertandingan :

Tilawah (Lelaki)
1. KPM Bandar Penawar
2. KM Kuala Nerang
3. KPM Seri Iskandar

Tilawah (Perempuan)
1. KPM Seri Iskandar
2. KPM Beranang
3. KPM Bandar Melaka

Khutbah
1. KPM Bandar Penawar
2. KM Seremban
3. KPM Indera Mahkota

Syarahan Agama
1. KM Kuala Nerang
2. KM Seremban
3. KPM Indera Mahkota

Azan
1. KPM Bandar Penawar
2. KPM Indera Mahkota
3. KM Seremban

Poster
1. KPM Indera Mahkota
2. KM Kulim
3. KM Kuala Nerang

Nasyid
1. KPM Indera Mahkota
2. KPM Beranang
3. KPM Bandar Melaka

Johan Keseluruhan
KPM Bandar Penawar
Location: KPM Indera Mahkota, Kuantan, Pahang



walaupun team nasyid tak menang tapi good job la korang dah buat yang terbaik

Sunday, February 7, 2010

Perbicaraan Yang Tak Pernah sudah

Berbicara dari dinding ke hatiku,
Sangat abstrak pada pendengaran rakanku,
Tapi ia lebih sudi mendengarku,
Dari kalian yang sudah tahu tentangku..

Tentang takdir dan balasan,
Mesti ada senyuman dan keluhan,
Bila tiada kesabaran,
Pastinya air mata tak tertahan.

Hari ini dan juga esok,
Aku terus terperosok,
Dalam cara yang kekok,
Seperti berumah diatas pokok.

Kau khayalan dalam minda fantasi,
Sememangnya terasa sukar diatasi,
Oleh insan lemah dan bertubuh bak gergasi,
Yang selalu berkata tentang idea sudah basi.

Sejarah akan tinggal sejarah,
Tanpa perlu engkau yang kerah,
Tapi bukan sifatku terus menyerah,
Sebelum tumpah titisan akhir darah.

Saturday, February 6, 2010

Cousin Oh Cousin


Cousin mazen ku tersangatlah ramai,if cerita perihal seorang demi seorang sampai esok pun tak akan habis punya kot. Tapi aku sangat bersyukur la punya cousin mazen yang best dan kami macam adik-beradik. Walaupun aku asalnya anak tunggal tapi mereka buat aku rasa bukan macam tunggal jauh sekali tunggul.

Teringat kembali kenangan di waktu kecik-kesik dulu sememangnya sangat nostalgia indah yang tak kan aku lupa hingga nafas terakhir punyalah. Kerana mempunyai cousin mazen lelaki yang ramailah aku secara tidak langsung turut berpewatakan seperti mereka, mereka panjat aku nak juga,mereka mandi sungai aku nak juga,mereka main gasing aku nak juga (balingan gasing aku selalu tak menjadi,geram betul), mereka berbasikal siap up-up and lepas tangan (kononnya baru gentleman if awek tengok) aku pun nak juga,pendek kata apa mereka buat aku pun nak ikut juga.

Dan sememangnya perangai kasar macam jantanlah bak kata orang still melekat dalam diri aku. Tapi masa berlalu dan tentunya aku pun terubah jugalah. Cara berpakaian,potongan rambut dan suara sahaja yang berubah sifat kelakian ada lagi lah (ceh,yang penting aku tak akan berperasaan pada girl okay) Cerita perihal suara,ye sekarang sangatlah halus macam apa entah (doraemon or budak sekolah kot) memang tak sesuai langsung dengan kekasaran aku ha ha ha tapi aku bersyukur sangat dikurniakan suara begini. Nyanyi pun sedap (ceh fikir bagus sangatlah tu).

Eh,melencong jauh dah cerita aku ni,berbalik perihal cousin mazen ni,aku memang mengaku seikhlas sayang sangat kat korang dan hope kita kan terus happy go lucky, gossip2(khas untuk yang perempuan terutamanya) , bikin kecoh, gelak bersama,kongsi kisah sedih dan tauladan bersama, makan makanan yang sedap2 bersama, hinggalah hujung nyawa. Now rasa sedikit sedih kerana masing-masing sudah ada hala tuju dan kehidupan yang berbagai, ada yang dah kahwin tu tahniahlah, yang dah ada anak tu bersyukurlah, yang dah kerja tu teruskan meningkatkan prestasi kerja,yang belajar tu,semoga success la lagi okay.

ni kak de (niena) dia putih melepak macam cina dan kami sangat rapat
De..bila kau nak kahwin ni,umur dah lanjut dah..

 
ni linda,sangat suka bersolek dan kami sebaya,dia dah pun kahwin,comel la anak kau



pic time raya,aku ada cousin yang sindrom down (pakai baju merah) dan dia sangat lucu aku pun memang kaki sakat, : )

Friday, February 5, 2010

1% LUCK

Kebelakangan ini hidup aku sangat tidak terurus. Kenapa agaknya? Hantu apa yang sudah merasuk aku ni (janganlah rasuk betul-betul,nanti susah orang nak angkat sebab aku berat) Nasib aku pun tidak berapa nak bertuah. (bukan memang selalu macam ni ke)



Bak kata Madam Su; carca merba, bak kata adeq (estet); serabai arrr, bak kata reing; eeeeeee, bak kata Ca; selekeh, bak kata Azym; tak senonoh.(perkataan yang mereka-mereka ni selalu sebut bila nak tunjukkan kegelian sambil mulut berut-berut dan kening berkerut) : )

Sejak balik dari konvesyen Program Siswa Niaga (PSN) hari itu, memang kacau bilau dan tidak terurus diri dan semua benda disekeliling aku. (aku kena mandi bunga ni agaknya ,ciss karut je kan) Aku jadi seperti orang-orang yang dekat sawah tu menunggu jadi kering dan berpanas.(ceh apa kaitan entah)

Antara benda yang terbengkalai…

*Baju sedozen atau berbakul-bakul tidak geti-geti nak cuci

*Bilik aku bersepah dan berhabuk sebab lama tidak kemas

*Almari pun lintang pukang sudah susunannya

*Sudah makan lepas itu tidak geti-geti nak buang bekasnya dan cuci sudu


*Assigment or homework lecturer bagi banyak belum disiapkan
 
Cerita pasal assignment dan homework ni, entah macam mana aku macam jadi hilang ingatan minggu ini untuk ingat tugasan yang diberi. Tup-tup bila sudah dekat kelas dan di kala itulah aku baru nak buka file,buku dan barulah terperasan ada kerja yang perlu diselesaikan.Lepas ini aku kena updates board aku yang pinky ini (harap lawa je lebih tapi kosong) so aku tidak akan hilang ingatan and miss kerja  yang perlu di buat lagi.

Dan gara-gara aku lupa juga aku hampir kena marah sebab tidak siap pembetulan kuiz finance yang sepatutnya dihantar pada 4 Februari tepat pukul 12 tengahari. Bukannya sikit kena buat tapi setiap satu soalan yang salah perlu buat 10 times correction tau. So kalau aku dah salah 8 soalan, bayangkan berapa kali aku kena tulis. Berapa banyak kertas dan dakwat pen aku kena curahkan. Lenguh tangan menulis lepas tahu takut dan bersalah dan tumpuan kelas pada hari khamis itu agak terganggu kerana aku sibuk buat-buat fokus sambil jari -jemari pantas menulis.

markah yang sangat rendah : (


10 kali kena tulis benda yang sama

Lepas ini aku mesti target markah kuiz 70% keatas so nanti tidak payahlah berlenguh-lenguh lagi jemari ini dok menulis macam kelajuan mesin taip yang sedang bekerja. Dan mesti ambil serius lain kali agar ulangkaji dan bukannya membuta buat tahi mata kalau tahu nak kuiz atau test. (memang aku tidak baca time kuiz finance tempoh hari sebab kepenatan practice untuk pertandingan Program Siswa Niaga-PSN la) Markah kuiz finance aku ialah 57.5% atau betul 11 daripada 20 soalan. Hampir separuh salah.

Wednesday, February 3, 2010

TIP CINTA

Aku belek-belek majalah sambil baring-baring dengan muka bosan lalu terjumpa artikel ni. Bunyi mengayat macam best juga la haha… tajuk besarnya tip cinta (sesuai sangat untuk orang perasan dan single but not available macam aku)

Satu demi satu aku baca dan tip ni macam ada kena mengena pula dengan aku (ceh,rasa semua orang akan alami hal yang sama je) So jom lah aku nak share dengan korang dengan apa yang aku baca ni.

ORANG YANG MENCINTAI KAMU AKAN…

  1. Belajar menyukai lagu kesukaan
  2. Beri barang miliknya walaupun tak berapa nak berharga
  3. Jika sedang sakit,pasti akan tanya keadaan dan risau.
  4. Akan wish good luck or bagi semangat bila masuk pertandingan or nak ujian or melakukan sesuatu.
  5. Jika berpindah ke tempat lain mesti akan diberitahu supaya jaga diri dan berwaspada.
  6. Ingin selalu dekat dan habiskan masa bersama
  7. Bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  8. Sanggup mengajar dan sabar walaupun mungkin tak akan faham-faham or lambat sangat pick-up.
  9. Melakukan hal yang pelik seperti telefon banyak kali dalam sehari sebab selalu teringat.
  10. Di telefon bimbit penuh dengan mesej dan disimpan walaupun mesej tu dah berbulan lamanya atau bertahun-tahun.
  11. Jika ditolak,maka hati akan terluka dan apabila sudah sedari perkara itu tapi sudah terlambat.
Adakah ciri-ciri orang yang disenarai di atas berada disekitar korang? Jika ada,maka janganlah sia-sia kan orang itu kerana akan menyesal di kemudian hari dan selalunya orang macam ini akan muncul sekali sahaja seumur hidup,oleh itu hargailah orang itu sebaiknya (ayat buku itu cetak bukan aku)

Kesihatan Merosot

Banyak sangat fikir agaknya,tak tahu apa yang difikir persis kerja perdana menteri agaknya yang kena banyak sangat fikir kan.

Makan pun dah tak tentu waktu juga,on off on off je tapi tak juga nak kurus dan susut badan yang dah persis Queen Latifah cuma tak berdada tak berapa nak besar (ceh sengal je ayat ni).Tak boleh makan banyak sebab kan rasa sangat tidak selesa. Tak makan langsung pernah juga kerana tak lapar pun.


Sakit kepala semakin menjadi-jadi dan sangat tidak suka akan keadaan ini. Mengganggu tumpuan dan fokus di kelas akibatnya memang tak faham la apa di ajarin pensyarah dekat depan kan. Panadol dah berbiji-biji kena telan tapi kemujurabannya tak terserlah lagi dan mendatangkan kerisauan yang mendalam.

Dari segi emosi je yang agak stabil kerana belum nak terjejas lagi di awal-awal tahun ni. Dan berharap akan terus berkekalan so aku tak kan dapat penyakit itu lagi.

Tapi rasa bersyukur sebabnya masih ada orang yang selalu pesan makan ubat dan rehat la. Thanks sangat. Simple words tapi sangat bermakna buat orang macam aku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...