NUFF

Wednesday, January 27, 2010

Kamu dah 20 tahun okay

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To You


Happy Birthday To Fara



Budak rabun yang bermulut becok dan sangat happy go lucky. : )

I wish tou all the best my dear fara
Semoga dapat apa yang dicita2kan untuk tahun ni

Dah tua dah awak tu 20 tahun tau.
Bukan 2 tahun okay.

Dapatkan lah 4 flat untuk result semester ni
Dan selamat menguruskan badan okay.

Hadiah nanti bagi.

Tuesday, January 26, 2010

Gilalah 16 jam Doh

16 JAM OK.
I REPEAT 16 JAM
Ni ialah anggaran masa yang aku terpaksa lalui esok kerana pertandingan PSN. sure sakit badan dan penat nanti. Aku dah dapat bayangkan based on pengalaman semester lepas dimana costing buat lawatan dekat kedah. Pengalaman yang tak berapa nak indah.

Benda yang tak aku tak suka akan perjalanan dan pertandingan ni ialah

  1. aku jadi bidan terjun,last minute dipanggil untuk ganti orang
  2. aku terpaksa tinggalkan kelas untuk 3 hari,sure ketinggalan banyak pelajaran
  3. aku kena pergi consultation untuk cover balik kelas aku tak pergi
  4. aku terlepas nak ambil kuiz pertama financial management
  5. aku terpaksa hafal dan faham tentang rekacipta yang kena present untuk pertandingan dan ia macam ala2 sains dan aku jadi pengurus kewangan (aku tak suka sains dan math la)
  6. aku kena kemas baju dan beg
  7. aku mesti tak cukup rehat dan akan sakit badan
  8. aku punya duit mesti habis beli macam2 nanti
  9. aku kena tinggalkan katil dan bilik aku yang tersayang
  10. Dan yang paling penting aku tak dapat online 5 hari ok! (aku hantu online)
aku mesti rindu katil kat hostel aku punya la. : (

Dua benda yang aku suka iaitu dapat naik bas baru kolej dan pergi melawat tempat orang serta dapat pengalaman. : )

Nasib lah dah dapat juga bas sendiri tak perlu sewa bas Maraliner lagi

Tag photo from Embok in Facebook

Ada2 je si embok ni nak di tag nya dekat facebook. Dan aku terhibur serta gelak berguling2 (tipu je) baca dialog yang disertakan kat bawah gambar di tag. Dialog ni semua dalam bahasa melayu sarawak. : )
Kisah satu



Cakaran maut,hantu buat ke?

Time on the way to AIS (acntg infmation system) class tiba2 mata ku terpana terbeliak besa (sengaja di buat2) tengok sebuah moto kriss entah kepunyaan siapa yang terkena cakaran maut (macam puaka je bunyi). Aku ulang lagi cakaran maut.

Ini tentu angkara kucing yang sangat jealous melihat keadaan kulit sit tu yang sangat seksi dan licin.Maka si kucing telah cuba melakukan percubaan untuk memburukkannya.Kepada sesiapa yang mempunyai mengalami kejadian sebegini janganlah berasa hairan,panik atau seram. Cakaran maut ni datangnya dari kucing dan bukan hantu.


hasil cakaran maut kucing yang jealous kepada kulit sit yang sexy dan licin

Jika kebetulan ternampak perbuatan jealous si kucing ini maka seharusnya anda menjerit sekuat hati "oiiiiiii kucing ,kau nak mati ke" (sambil melulu berlari menuju je arah kucing dalam cubaan memukul (tak baik) dan menghalau kucing tu.

Jawapan tajuk persoalan kita hari ni cakaran maut,bukan hantu buat ye. : )

Saturday, January 23, 2010

Sultan Mangkat

upacara penghoramatan terakhir kepada sultan oleh rakyat johor.

aku rasa bertuah membesar dekat johor ; ) johor best!!

Tadi ketika sedang buat tugasan PSN untuk Pertandingan ke Kuala Nerang kat office Sir Zamri dengar dia kata sultan dah mangkat....Ini bermakna kami akan cuti dan tiada lagilah dapat menyambut hari keputeraan Baginda sultan johor pada 8 April tu. Takziah diucapkan.

Tapi yang masalahnya ialah kepada aku sekarang. Tadi dengar pengumuman the latest dimana kami semua wajib pakai tudung warna putih selama tujuh hari kerana kemangkatan Baginda. Aduh mana aku nak cari tudung putih tu. Dah bawa balik rumahlah sebab tak pernah pakai pun tudung tu.Tudung warna hitam banyak la.

Inilah masalahnya setiap kali barang yang berguna di kemudian hari tu aku bawa tak dipakai dan bila aku dah hantar balik ke rumah barulah barang tu nak digunakan. Contohnya sijil SPM, tudung putih dan buku Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 aku. Aduh duh duh, aku memang perlukan kesemuanya sekarang beb.

Kan bagus kalau aku memelihara seekor Doraemon sebabnya dia mesti bagi pinjam pintu ajaib untuk balik ke rumah. Dan kan bagus juga kalau aku punya awan terbang seperti Go ku dalam cerita Dragon Ball cepat sikit sampai rumah tanpa perlu mengharungi traffic jam. (Ceh,angan2 dan khayalan minda je semua ni)

Friday, January 22, 2010

Kisah Rakan Yang Baik Hati

Dua minggu berlalu sudah sesi pembelajaran di kolej aku nan indah dan sunyi dan terpencil ni. Macam-macam dah terjadi dan aku still happy dan belum ada tanda akan menghidap penyakit kemurungan kembali. ( ceh macam pesakit mental je)

Aku juga telah mengalami kehabisan stok makanan dan wang saku, dah agak ni akan jadinya tapi dah sedia pun. Aku tak makan pun tetap gak badan seperti kartun Banny and The Friends tu. (ceh tetiba teringat kartun kegemaran time kecik2 dulu) Tapi walaupun aku sedang menghadapi kesukaran tapi tak la aku rasa tertekan sangat. May be sebab dah terbiasa

Thanks a lot la pada Farid yang tolong bayarkan dulu buku Accounting Information System tu, kepada Aisyatul yang tolong bayarkan buku Management Accounting and belanja makan dan lupa kepada Azym yang hot dan baik hati yang belanja dan risau aku tak makan. Tuhan balas nanti perbuatan anda yang menolong orang tengah kesukaran macam aku ni. Thanks k. (Aku nak nangis tapi korang tak nampak)

SAYANG KORANG KERANA MEMAHAMI

Wednesday, January 20, 2010

Vaa Vaa Voom Yang Mengganas

Vaa Vaa Voom nama ni bunyi cam bunyi enjin kereta sedang bergerak laju dan mengganas je kan (ada ke kereta mengganas ^_^)  tapi ni lah nama kumpulan untuk project subject english kitaorang untuk semester ni. Idea nama ni pun dari Azym yang semua tahu memang kreatif ( agaknyalah). Kitaorang semua ada 5 orang dan yang pasti kami bergabung kembali demi menjadi yang the best.

Aku memang suka bekerjasama dengan Azym,Fara, Niera and Hueda. Sebabnya korang pun memang sporting dan gempak lah.This semester punya project lain sikit kerana semuanya berunsurkan company ( terasa macam dah kerja ) makanya semua orang ada jawatan masing2 yang perlu di pikul dan di bawa lari ( tak da kene-mengena pun)

Azym Syafiq Majid as a Chairman
Haznira Johari Amran as a Secretary
Hueda Rahman as a Treasurer
Nadia Abdullah (akulah ni) as a committee member 
Elyani Fara Aqila Rohizan as a committee member


First project memang best lah diberi tugasan yang sangat kreatif dan kami turut persempahkan dengan cara yang kreatif.

CURHATKU

I
Miss
You
ALREADY

Sunday, January 17, 2010

Dah dapt HIDAYAH ke

Mandi dah semua dah,makan mee goreng segera 108 2 bungkus
Bluuuupppprrrr....Kenyang sudah perutku

Mane tak lapar seharian aku tidur saja kerjanya kerana tidak tahu mahu berbuat apa

Maka memang kena hadap la akibatbatnyakan aku sudah menjangka,aku tak kan dapat tidur


Turun bilik dua buah hati yang sedang melayan fikiran masing2 lalu hadir aku si pengacau minda barulah lengkap kan segala ceritanya.Kami tertawa terbahak2 melihat rancangan "Spontan" yang di download si Hueda. Tal pernah tengok so macam jakun sikit. Best juga lah .LAYAN.


Ini semua cerita malam ahad kelmarin sekarang aku berada dalam ahad tengahari. Aku jadi mayat hidup. Aku tak Tidur langsung. Gila ke aku ni. Aku melayan cerita jepun yang sememangnya comel dan menghiburkan.Aku suka.


Kenapa HIDAYAH as tajuk ni ?

Aku keliru dan selalu memikirkan perihal agama. Berbelah bagi. Macam mana nak mula .Rasa ingin tahu semakin mendalam. 


Entah lah

Aku jumpa artikel ni kat zaharuddin.net penulisan dia best. Aku suka. Aku nak share ni.


Kesilapan Wanita Dalam Menutup Aurat :



  1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
  4. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
  5. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
  7. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  8. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

                                  

Wednesday, January 13, 2010

korang bikin gempak je

LOKASI : BK 25 Blok Akademik
MASA : 11-12 A.M
SUBJECT : Business English


This is my english lecturer for this semester,Miss Norzehan.

Aku dulu sangat lemah dalam penguasaan english. But im not said that my english is superb now but have an improvement. Now can understad better. Semua ni bermula sejak aku memasuki tingkatan enam. MUET paper wajib time tingkatan enam.

Bercerita perihal MUET,mengingatkan tentang kenangan manis yang pernah aku lalui. My teacher yang teaching MUET ni namanya Madam Florida Putang Mawi. She is very nice,sexy,friendly,beautiful and paling penting sporting.

Sejak dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah english is not my fovourite subjek. Lebih lagi bab grammar and literature.Aku akan mengerutkan dahi dan mengangkat kening sambil buat muka blur time menghadap dua benda ni. Dont like lah.

Oh tertinggal cerita kenangan manis MUET.

NADIA ABDULLAH
 Penerima Anugerah untuk matapelajaran  MUET terbaik  2007.

 Rasa macam tak percaya aku akan dapat penganugerahan ini, kerana aku tak la sehebat mana pun ( dalam hati terharu ) kejayaan ni berpunca dari mana ya? Rezeki tuhan bagi agakanya. Alhamdulilah. Tapi sejak MUET la aku mula berkeyakinan dalam english.

Cukup cerita silam MUET aku itu. Yang aku maksudkan korang bikin gempak tu ialah budak kelas DIA 4A la. Penuh dengan usikan dan gelak ketawa saban hari . Untuk kelas kali kedua english miss G telah menanyakan maksud meeting.

Soalan miss G. " Dating is a meeting or not?" dan banyak answer mengatakan "YES". Kecuali aku dan beberapa rakan lain. Dan miss G tanya aku WHY you said NO?  Jawapan aku mudah.. Because IM SINGLE ! : ) Lantaran itu seluruh kelas bergema dengan gelak tawa kawan-kawan di samping Miss G sendiri tersenyum. Tapi tak salahkan jawapan itu

Azim,nama yang tidak asing lagi dikelas DIA 4A. Penghibur dan penceria kelas. Thanks Azim. Walaupun anda agak bising ye. Apa kaitan Azim dengan english dan aku? Sedikit kongsian di sini, Azim telah mengeluarkan kenyataan dan buat aku sedikit lega dan berasa seperti orang penting "Tanpa Kak Nad  kelas tak best la" Oh ye ke? Terharu aku dengar.

Aku memang sedia maklum sukar hidup tanpa membuat orang lain ketawa dan menegur aku dengan berkata "Banyaknya cakap tak penat ke" Fuh... nak buat macam mana itulah the real me. ^_^

Konklusi dari cerita ini, aku seikhlas hati menyatakan sudah semakin gemar dan menyayangi english. And i cant wait for my next english class.

Kicap Manis Fully Cream


Cap cap cap Aku hantu kicap, Cap cap cap Jenama Adabi. Pernah tak korang jumpa kicap adabi ni kat semenanjung,puas aku cari dan hasilnya adalah negatif belaka. Nak kata sedap,tak lah sangat sedap lagi kicap cap kipas udang kot.

Aku suka kicap ni sebab senang nak tebuk dan buka,tak macam kipas udang yang masih mengekalkan tradisi guna ceper besi as a penutup botol. Mana nak cari pembuka dia if dah balik hostel so macam tak fleksibel la.

Mesti korang kata eleh kicap pun nak cerita ke? Bukan apa saja nak share kan maklumat yang tak seberapa ni.Tapi aku bukan nya jual kicap ni. So jangan gatal nak tanya macam mana nak order (ceh macam ada je oranag nak beli).Tapi aku secara tidak lagsung tolong promosi kicap ni.

Apalah erti deria rasa makanku tanpa kicap.Maka nanti cubalah rasa bagi yang tak menggemari kicap,mana tahu kot2 jatuh cinta kan .

Di Ambang Nasi


Ketika melangkah masuk ke kamar nan comel ku maka mata terus tertumpu kepada bungkusan kuning atas meja. Wah makanan free la. Alhamdulilah,cik mai cam tahu je aku memang tengah sengkek sekarang dan bungkusan ini telah menggembirakan dan mengujakan aku.Tapi aku tidak langsung terus melantak makanan itu tetapi sibuk online kan diri .





Aku bedal sampai habis dan kenyang
Thanks to my aunty who send the nasi ambang2
: )

Tuesday, January 12, 2010

saye budak baru belajar

Im looking for place that i can do my practical for the next year...which one is better? In kuching, JB or KL.

Bantu lah saye untuk pikir2 kn..

: )
 ..................................................................................

aku baru pandai nk setting mcm ne nk pamerkn pic ketika msg smpai kat hp sony..thanks huda


cube2 nk pakai tudung ekin hehe elok gak muke aku pkai,x lah seindon mane...thanks kpd yg memuji


pakai stocking yg jarang aku uat tok g kelas..thanks kpd kaki yg selalu melecet


aku rajin tulis blog setelah 6 bln tnglkn sepi..thanks pd blogger yg aktif bg inspirasi


aku ske belek buku2 akaun dh skunk..thanks to my result yg selalu dpt C

Monday, January 11, 2010

Di hari sulung Semester 4

Morning yg pagi..faham tak maksud ayat ni,today is my first class for new semester. Pejam celik Pejam celik rupanye aku dah berada dalam tahun kedua di kolej ni. Tak sangka boleh bertahan belajar sampai tahap ni walaupun sebenarnya aku sendiri tak pernah jangka pun akan kekal.


Kawan dok bahan aku kata "macam tak percaya  kak nad turun awal" haha well kalau korang nak tahu ni azam barulah tak nak datang lewat lagi ke kelas. Kerana aku tahu biasanya aku lah paling lewat bersiap makanya berkorban sikit demi pencapaian yang lebih baik dan dalam usha memajukan diri sendiri. Cewah skema je kan ayat ni.



Macam biasa aku,hueda and niera akan duduk bertiga kat saf belakang la sebab macam segan nak duduk depan kira macam tak sesuai dengan ketinggian lah.Bukan aku. Tapi nierr\a dan hueda yang al-maklum tinngi cam galah.



My Financial Management Lecturer Madam Siti Pazila


Ok first clas today ialah financial management. Tenaga Pengajarnya pula sama macam kitaorang time semester satu dulu subjek Introduction To Business. Hope best lagi lah dia ajar macam dulu.Tadi  tak belajar pun sebabnya module tak siap fotostat lagi.So kami dengan senang hati berborak sementara madam suruh kitatorang tulis apa expectation kitaorang terhadap dia dan subjek ni. Aku pun ghairah je menulis idea yang bermain di dalam otak.


Habis kelas awal la and then macam biasa bungkus sarapan untuk makan di hostel. The next kelas ialah financial accounting. Dengar2 orang berkhabar angin mengatakan this is a "killer subject" for semester  empat . Aku sedikit cuak .




Gelagat Rakan-rakan Di Hari Sulung 



Syafiqa membelek kasut baru agaknya



 shahidah tekun menulis expectation in financial management



Yusof dan Farid yang control macho


Mira & Huda dah dapat title COPA semester 3 pun tak puas lagi.



Masing-masing sibuk berbincang agaknya.



Tak Kan Hari pertama dah mengantuk kot azim



Farid pun mengantuk sementara Wawa maintain fokus



Huda dan Nira merenung ke arah cafe,lapar agaknya.



Apalah yang kelakar sangat ye Itcha.



Munir dan Fara khusyuk mendengar gosip semasa



Huda mula berasa bosan



Nira tekun mendengar,padahal control ayu time aku tangkap gambar dia.

Sunday, January 10, 2010

Kisah Hari Jumaat

Ade sesi pendaftaran subjek dan kelas
Aku boleh lupe nk tgok jadual waktu as panduan tok pilih kelas
Yup aku masih di kelas A mulenye nk kelas B
Tp x jadi coz tgok ramai dh beratur tok masuk kelas tu
Upe2nye sebab subjek LAW miss Siti yg ajar..best la
Tp x pe gak la Kelas A ade Mama Su lg best
After tue aku bedal mee goreng ngan Pika kat cafe
Coz dh x de benda len nk d makan so asal ade untuk alas perut
Petangnye pulak aku dok bantai tdo kerana keletihan la
Mlmnye ingt nk tgok Persembahan pelajar orientasi tp mls trun
N aku pn sambung tdo lg mlm tu nyenyeak sungguh walaupun tekak sakit

Menggelabar sehingga basah dan tenat

Aku terus g mandi pagi tok bersiap2 ke kolej dan hujan turun dgn lebatnye pd hari tu. My kazen husband anta kat bustop Pandan habis basah aku di buat nye termasuklah barang2 aku yg bnyk nie..semua owng sekeliling dok pandang je aku.Pehal x penah tgok owng lari rumah ke haha time nk nek bas nasib arr ade owng tolong angkt beg 15 kg aku.


Sampai je kat kote ujan msh trun n x mcm jauh plak bus causeway link ni pack dr taxi stand an. Tp malang nye oleh krn terlalu pg maka x de owng pn nk g ke kwsn aku. If chrted 1 teksi x mcm mahal lak So aku lupekan niat tu n menanti penuh sabar dlm bsah kuyup.Owng kat situ pn dok pndang aku.N pkcik2 taxi tu kate bnyknye brang adik..nk uat cam ne an dh nasib.


Stengah jam tnggu akhirnye bas MARA Liner pn nk gerak aku pn berlari dlm ujan tahan bus ns uwuh driver benti tepi. Nasib pk cik ni bek la kn. X ramai pn owng nek bus pg tu x sampai sepuluh owng kot.Aku tertido dlm bus sbb panat arr x tdo sedar2 nk smpai kolej n aku tgok tngal aku sowng je penumpang yg tngl dlm bus ketika tu.Pkcik bus tu bermurah hati nk bentikn aku kat depan kolej.Cian kat aku brang selori kn haha Terima kaseh daun keladi la pkcik.


Smpai2 kolej tgok bnyk dh owng beratur tok pendftaran ari tu.Mane x rmai aku dtng nk dkat kol 10.15 a.m dh sedangkan acra dh berlangsung sejak kol 9 lg. Dtng2 aku trus g ke kaunter pendaftaran asrama coz malu nk beratur barang selori an.Barang aku terpksa aku angkut 2 kali n letak kat pkcik guard. Aku reject bilik 2 kali kot akhirnye dpt gak bilik kat blok B bernombor 2-10.Ok lah tu janji dkat ngan membe kamceng suda.


Roomates asl ialah manja tp dier tukar ngan dak junior so tngal la aku sowng senoir kn lam nie.Cian aku x penah dptpilh roomates selalu redha je dpt roomates yg aku x penah knl pn. Tp x pelah aku dh biase pn,dpt jmpe owng baru n ragam yg baru. Time nk masuk lam bilik pintu kunci aku pn g arr cari kunci kat ofis tp x cun pn kunci n tombolnye.Aku dh cuak. Upe2nye dak junior dh pat kunci n dorang g kunci pintu. Lak ngeng jerk.


Ptng tue aku dok bantai mengemas bilik n basuh siap2 arr ngan roomates aku kecuali yg sowng ni je x de. Dier cam bengang je aku amek katil tepi ,aku x nk arr depan pintu lgpn my roomates x duduk pn dlm bilik dorang lg ske lepak2 kat bilik membe dorang. Tngallah aku sowng sepi-sepian huhu Aku jd pendaftar terakhir hari tu so result amek waktu ptng je . Aku nyer pointer trun sket je. Tu je aku mampu. Tp bersyukur lh x de yg gagal.



Pengajian Islam= A
Comminication English= A-
Macroeconomics= B
Cost Accounting= B-
Comersial Law= C+
Financial Accounting= C+

I'm fly From Kuching To JB

What are boring day, since i went back to my college there is nothing for me to do. Dan yg x best nyer i got flu n cought. Now suare aku pn dh cam nyah + badang hahaha Seksa tau x. Maybe it happen because i'm not get enough sleep n rest at the day before and after i'm flying to JB last wednesday.


Lokasi : Tilam katun Rabbitku dpn Tv kat Ruang Tamu
Masenye : Pagi yg buta
Tarikh : 6 Jan 2010


"Nadia bgun la,dh siang ni,kate nk ikut bli kek & ikan."
(aku terpisat2 lap muke,sambil mate terkebil2..)
"cepatlah g mandi"
(aku bgun n amek towel otw g mandi)


Ape aku nk pkai nie..bju dh packing
Aku pn menyelongkar almari mama
Hah,jumpe dh..
"Mama pinjam bju nie eh,x de bju dh."





Sebelum gerak aku sempat masak sayur kailan n then mama sambung masak sup ayam pulak
Kene masak awal coz t nenek nk makan kang lapor pulak..aku mama n daddy sarapan nyer kat luar aku order mee kolok t pasni x dpt makan dh my parent mum2 laksa sarawak.tetibe terliur lak rase.





Perjalanan hari itu membawa aku ke....
  1. Pasar basah satok-beli ikan terubuk masin
  2. Kilang Kek lapis kat Kg ape ntah (x ingt) Dayang Salhah yg cukup masyur kat Kuching skunk
  3. Kilang seramik -beli pasu
  4. Pasaraya H&L Batu 10- beli mee segera & sardin siap masak



Balik rumah trus online jap sementara masih berkesempatan
Mama telah membuke balek bungkusan kek coz kek lapis dia pn tergolong dlm tu 
Adik2 yg bru blek skolah gatal tgn nk bukak mee segera & sardin aku..mane bleh..bekalan la


Aku dh siap pack barang habis berlecak2 ketiak n bsah muke dek peluh yg mengalir deras cam taufan katrina.mmg aku kuat berpeluh pn.Owng sehat la katekn.Barang dh siap pack..2 bag besa n 2 buah kotak.Bayangknlah..bimbit 2 buah kotak,beg sandang belakang ala2 pendaki gunung,beg selempang laptop,handbag gadis dan beg baju..sarat nyer,mcm pokok berdaun lebat dh natang ni semua kat badan aku.


Lokasi : Airport n dlm flight
masenye : Sekitar jam 6.30 hngga 10 p.m


Ceritera penerbangan air asia,
  1. No flight AK 5847 (Mcm dh bnyk kali nek je)
  2. Aku lambat check in kat kaunter
  3. Beg terlebih muatan 15.9 n then kurang kn jd 15.1
  4. Bertukar gate perlepasan from gate 2 to gate 1
  5. First time naik flight semua crew PRAMUGARA x de pramugari :)
  6. Ketika nk berlepas ade la pkcik ni kate sayap kapal terbang rosak so menggelabah la pilot n maintenance g check n terangkan kat pkcik tue.
  7. Penerbangan terkandas 45 minit 
  8. Makanan panas tidak disediakan pd hari itu
  9. Kesian kat laki husband aku tnngu 1 jam kat aiport gara2 lmbt berlepas
  10. First time nek flight aku rase seram n takut..huh



Lokasi : My cousin home (tmn JP Perdana)
Mase : kol 11 mlm - 6 pg keesokkan harinya


Mcm x percaye je my kazen masak seyh,setahu aku dia bkn la kaki masak pn tp semenjak dia benti kerja n jd suri rumh kot jd gini.x mcm pedas lak sambal dier uat berair2 bijik mate aku d uat nye. Tp sedap gak,tahniah lh kak piza,awk dh pndai masak :)


Mase untuk tdo tp tekak aku tetibe rase perit gile yg membuatkn aku x leh lena langsung n aku nasib ingat nk charge hp if x kong ar batery. Mate aku terus terpisat2 mlm tu x leh tdo pn gara2 tekak n my kazen telah terganggu oleh aku coz tilam dier bising.Last kte owng borak tentang mase silam n kenangan kecik2 dlu mengenai mcm2 arr dr micfael jackson sampai family,owng dh mati bla bla bla merapek je duer2..

Monday, January 4, 2010

kekasaran jari jemari

kasar sudah jari jemari
kasar lagi keseluruhan tangan ini
 tangan yang gigih mencari sesuap nasi
tangan yang cekal membuat kerja rumah
tangan yang pantas menekan keyboard
tangan yang selalu memulas handle motosikal


tapi itulah realiti hidup ini
tanpa tangan yang kasar ini
mana bisa kalian semua makan akan hasilnya
mana bisa kalian dapat manfaatnya
mana bisa kalian membaca coretanku
mana bisa kalian dapat melihat ku menuggang motosikal itu


akan tetapi, jangan risau jemari kasarku
sebentar lagi kau akan ku rehatkan
dari segala kegigihan dan kepayahan
dari segala kesakitan dan kekejangan
dari segala kepanatan dan kelesuan
dari segala yang kau sudah lelah tuk hadapi

aku pasti itu...

Saturday, January 2, 2010

Memasak Kan Kerja

4 day more to finish my part time work
going back to JB on this coming  wednesday
my flight is on 6 jan 2009
7.15 pm (arrive) from kuching
will (depart) on 9.05 pm at senai
im happy because no need to cook anymore 
:)
but not to excited to start new semester in college
study is boring for me
because im taking not my favourite course

Friday, January 1, 2010

Part time Chef

arie nie aku telat bangunnya..tdo pn lmbtkan so adatla n mcm biase my routine kat kuching kne jd chef,aku bkn la suke sgt masak nie n dr kecik2 lg x penah kene suruh masak ngan nenek tp aku pn heran aku bisa masak..ntah bile mulenye aku pn x tau..mama pn x penah pksa


rupe2nye penat memasak nie,x sangka cam ne nenek ku leh tahan masak ari2 selame aku membesar ngan dier 16 tahun nie,dier pn keje dlu jd tukang masak,cekal sungguh ati dier,x bosan ke agknye asik masak pagi n petang hari2 pulak tu.

penah gak trejd dlu time raye 2006,ktowng x blek raye n mama plak time tu bnyk tempahan menjahitnye nk x nk aku la yg kene masak juadah rayer nye..nasib la menjadi pe yg aku masak,bangga gak rase time tu.hahah aku masak aym msk merah,kuah kcang,sayur lodeh,rendang n x ingt laa hehe


ade kaitan ngan msak gak,aku terpk nape la x amek je kos culinary art dlu tetibe pe kejadahnye g amek accounting yg aku sendiri x berape nk minat..bodonye pilihan..nw kene tanggung la akibatnye huhu tp x pe may be ad hikmahnye..



Saya Maal Hijrah, Aku New Year

Setelah umat islam  menyambut kehadiran si maal hijrah maka setelah beberapa hari kemudian datanglah si new year ( yang cemburu). Lihatlah sendiri betapa bezanya jumlah manusia yang menghargai kehadiran si maal hijrah berbanding si new year. Aku pun agak kecewa dengan penghargaan yang dierima si maal hijrah. Wah aku sudah mula berfikir akan dunia politik.la la la

Tapi bagi aku keduanya penting  tahun serta hijrah yang berlalu tetap kan memberi jutaan kenangan pahit dan manisnya sepanjang aku melalui hidup ni. Maka serusnya perjalanan aku akan bermula lagi bersama dengan azam, harapan, penyesalan kepada perkara negatif seterusnya cabaran yang bagaimanakah..aku pun x tahu lagi.

Maal hijrah dan new year akan memberi satu lagi pertambahan umurku dan ye...aku sudah semakin dewasa. : )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...